suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Irene Sofiya meninggal dunia akibat hentakan tumpul di kepala

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Gambar hiasan

PELAJAR perempuan Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, yang maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor pada Sabtu, meninggal dunia akibat kecederaan akibat hentakan tumpul pada bahagian kepala.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar, berkata punca kematian itu dikenal pasti menerusi bedah siasat yang dijalankan pakar patologi forensik di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, pada Ahad.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan dan perintah reman selama enam hari diberikan majistret bermula 4 hingga 9 Oktober bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Tingkatan 4 ditemukan berlumuran darah di dewan sekolah, nenek sempat ajar mengucap sebelum meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan

Menurut beliau, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan memberikan kerjasama penuh kepada polis sepanjang siasatan dijalankan.

Katanya, siasatan akan dilakukan secara menyeluruh, telus dan profesional tanpa sebarang unsur menutup kes atau melindungi mana-mana pihak.

M. Kumar turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau komen yang boleh mengganggu siasatan mahupun memutarbelitkan fakta sehingga menimbulkan kebimbangan awam.

“Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, seseorang yang disabitkan kesalahan membunuh boleh dihukum mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Irene Sofiya, 16, sebelum ini ditemukan mengalami beberapa kecederaan di dewan sekolah selepas mengikuti kelas tambahan pada Sabtu.-The Star

 

 

Artikel Lain