suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penceramah motivasi direman dua hari lagi bantu siasatan laporan gangguan seksual

Tahanan reman dibuat bagi membantu siasatan lanjut. -Gambar hiasan

SEORANG penceramah motivasi direman dua hari lagi bermula Isnin bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis yang dibuat di Kangar, Perlis pada Sabtu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Mohd Hamzah Hashim mengesahkan lelaki berusia 33 tahun itu direman.

Pada Ahad, media melaporkan polis mengesahkan menerima satu lagi laporan pada 3 Oktober terhadap penceramah motivasi berkenaan berkaitan dakwaan gangguan seksual.

Hamzah berkata, laporan itu dibuat seorang wanita berusia 19 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Penceramah motivasi direman dua hari, disyaki lakukan gangguan seksual

Sebelum ini, penceramah motivasi terbabit direman selama dua hari bermula Sabtu berhubung laporan polis yang dibuat di Padang Besar.

Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sebelum ditahan semula polis daerah Kangar untuk tindakan lanjut.

Siasatan berhubung laporan terbaharu itu masih dijalankan.-The Star

 

 

Artikel Lain