suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bella Astillah pesan wanita jangan rendah diri, ada jerawat benda normal

Bella beri pesanan kepada individu yang berasa tertekan dengan kulit wajah mereka.

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah menitipkan pesanan buat orang ramai khususnya golongan wanita agar tidak berasa rendah diri atau hilang keyakinan apabila berdepan masalah kulit wajah.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, berkata sebagai manusia, jerawat atau cacat cela pada wajah adalah perkara normal.

Jelas Bella, setiap individu perlu belajar menyayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum memulakan rutin penjagaan kulit.

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Saya pun sama seperti orang di luar sana, pernah 'breakout'. Macam saya jenis bersukan, akan nampak sedikit cacat cela dekat kulit sebab tak gunakan 'makeup'.

“Kita manusia biasa, itu perkara normal. Namun nasihat saya adalah perempuan perlu berasa yakin dengan diri sendiri. Kita cantik untuk diri sendiri.

“Perlu sayang diri sendiri, apabila sudah mula sayang dengan diri sendiri, akan ada keinginan untuk mulakan penjagaan kulit rutin," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah jawab teguran peminat, busana tonjol bentuk dada undang kecaman

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu Ampang girl“ - Bella Astillah akui masih janggal pindah PJ lepas nikah Syed Saddiq

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pengumumannya sebagai duta jenama Skin 1004 di Since Then, Bangsar pada Jumaat.

Dalam masa sama, Bella berpendapat tiada istilah terlambat untuk seseorang mula mengambil berat tentang kesihatan dan penjagaan kulit.

“Kawan-kawan saya pernah cakap kita akan mula mencari produk skincare apabila kulit sudah tidak berada dalam keadaan baik.

“Macam saya dahulu, pernah rasa yakin kulit tidak akan naik jerawat, tetapi apabila semakin berusia, macam-macam boleh muncul pada wajah.

Bella akan mengutamakan penjagaan wajah. 

“Jadi, tiada istilah terlambat untuk memulakan penjagaan kulit. Mulakan dari sekarang. Bukan kerana saya duta produk penjagaan kulit, tetapi perkara itu memang sangat penting, termasuk penggunaan sunscreen," ujarnya.

Berkongsi mengenai pelantikannya sebagai duta Skin 1004, Bella mengakui berasa teruja apabila diberi kepercayaan untuk menjadi wajah jenama tersebut.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain