PELAKON Shaheizy Sam lebih selesa untuk tidak terlalu ambil pusing apabila namanya terpalit dalam kontroversi melibatkan rumah tangga adik iparnya, Syida Melvin.Biarpun ada segelintir pihak cuba memboikot perniagaannya, namun bagi Sam, 44, perkara tersebut adalah di luar kawalan dan mana-mana pihak berhak untuk mengeluarkan pendapat. "Fasal isu 'cancel' ini, saya memang tak tahu. Saya mula terbaca apabila ada yang memuat naik video lama kononnya saya dan isteri (Syatilla Melvin) gelakkan Shafiq. Sedangkan itu video tiga tahun lepas dan masing-masing tiada sebarang masalah."Dari situ saya dah nampak ada orang yang cuba nak memburukkan dan melaga-lagakan. Sejak itu saya dah tak ambil peduli," katanya ketika dihubungi mStar.Sam tidak menyangka video lama perbualan bersama Syatilla menjadi bualan. Sam dalam masa sama menegaskan dia juga tidak masuk campur urusan melibatkan Syida dan bekas suaminya, Shafiq Azim Shaheen selepas pasangan itu bercerai.Malah, penjelasan yang dibuat di media sosial berhubung video lama sebelum ini bukanlah disebabkan perasaan marah, sebaliknya sekadar menjelaskan perkara sebenar."Saya bukannya marah. Apabila semakin berusia, kita fikirkan bahawa kita sudah ke arah lain, lebih kembali ke pangkal jalan. Kita tahu di akhir zaman ini berlaku fitnah.ARTIKEL BERKAITAN: “Senang betul fitnah?“ - Shaheizy Sam jawab isu persenda bekas adik ipar dalam video tularARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam minta maaf pelanggan beratur panjang tunggu piza, kapasiti oven masih terhad"Ia dah berlaku jadi saya hadap sahaja," ujarnya.Sebelum ini, tular sebuah video lama menunjukkan Sam dan Syatilla didakwa mempersendakan Shafiq, sedangkan rakaman tersebut adalah daripada sesi siaran langsung tiga tahun lalu. Syukur pelanggan datang seperti biasaSHAHEIZY SAM PELAKONTegas Sam, ketika sesi tersebut hubungan mereka sangat baik dan apa yang diperkatakan adalah sekadar gurauan antara ahli keluarga. Sementara itu, bercakap tentang perniagaan restoran Abdul'SS miliknya, Sam meluahkan rasa syukur apabila terus mendapat sambutan baik pelanggan.Malah, dia tidak menyangka menerima ramai pelanggan meskipun belum dilancarkan secara rasmi.Sam bersyukur perniagaannya masih mendapat sambutan. "Saya tak nampak ada kesan selepas kecoh di media sosial berkaitan isu cancel. Syukur pelanggan datang seperti biasa. Bukan semua orang ambil tahu masalah orang lain. Mereka masih datang beri sokongan."Sebenarnya restoran belum dilancarkan lagi. Kami buka dan panggil sesiapa sahaja yang lalu. Syukur Allah hantar orang baik-baik, mereka makan dan keluar kemudian berkongsi di media sosial."Sekarang masih dalam proses untuk membesarkan restoran. Apabila sudah siap nanti, barulah kami lancarkan dan boleh memuatkan kapasiti 120 orang pelanggan," kongsinya.TONTON VIDEO PILIHAN!