PENGGUNAAN tisu dalam kehidupan seharian mungkin dianggap perkara remeh kerana ia sekadar berfungsi untuk membersihkan kotoran ataupun menyerap air.Namun, tahukah anda tisu tandas dan tisu dapur sebenarnya mempunyai perbezaan daripada segi bahan, ketahanan serta tujuan penggunaannya? Tisu tandas direka khusus untuk kebersihan diri dengan tekstur lebih lembut bagi memberikan keselesaan kepada kulit, terutama ketika digunakan selepas ke tandas.Sebaliknya, tisu dapur pula dihasilkan dengan struktur lebih tebal dan kuat bagi menyerap tumpahan air, membersihkan permukaan serta membantu kerja penyediaan makanan.Perbezaan itu turut melibatkan kandungan serat dan tahap penyerapan dengan tisu dapur mempunyai kadar yang lebih tinggi, membolehkannya menyerap cecair lebih baik tanpa mudah terkoyak apabila basah.Manakala tisu tandas pula menggunakan serat lebih sikit dan lembut menyebabkan ia mudah hancur sekiranya dibuang ke dalam jamban.Tisu tandas kurang sesuai digunakan untuk urusan di dapur khususnya penyediaan makanan.Dalam pada itu, penggunaan tisu tandas untuk urusan di dapur juga boleh menimbulkan beberapa risiko kebersihan yang perlu diberi perhatian antaranya:1. Pemindahan bakteriaGulungan tisu tandas yang disimpan atau dikendalikan dalam persekitaran bilik air berisiko tercemar dengan bakteria.Jika digunakan untuk mengelap makanan atau permukaan pinggan, ia boleh menyebabkan pencemaran dan penyebaran bahan kimia.2. Piawaian keselamatan makananTidak semua tisu tandas diuji atau direka untuk bersentuhan dengan makanan. Rata-ratanya tidak menepati piawaian penggunaan selamat di dapur dan secara tidak langsung berisiko menyebarkan sisa kimia yang menyebabkan keracunan makanan. 3. Bahan kimiaSesetengah tisu tandas menggunakan bahan tambahan bagi meningkatkan kelembutan atau ciri tertentu.Namun, bahan tersebut mungkin tidak sesuai untuk sentuhan langsung dengan makanan, bergantung pada jenis produk dan spesifikasinya.Justeru, pengguna dinasihatkan menggunakan tisu mengikut fungsi masing-masing dan tidak menganggap ia perkara remeh yang boleh diabaikan.Pemilihan produk yang betul bukan sahaja memudahkan urusan harian, malah membantu memastikan kebersihan serta keselamatan penyediaan makanan lebih terjamin. -Agensi