Sikap dan kaedah komunikasi daripada ibu bapa memberi kesan terhadap tahap perkembangan anak-anak. -Gambar hiasan AI
ISU kelewatan pertuturan atau speech delay dalam kalangan kanak-kanak sering merunsingkan ibu bapa.Namun lebih menyedihkan apabila beban kesalahan itu diletakkan sepenuhnya di bahu seorang ibu. Menerusi satu perkongsian tular di Threads, seorang wanita menggunakan nama akaun stelluluuuu tampil berkongsi kisah membesarkan anak sulungnya yang berdepan masalah kelewatan pertuturan.Ujian saringan kesihatan memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengenal pasti masalah dihadapi oleh anak mereka. -Gambar hiasan AIMengimbas kembali zaman mula bergelar ibu, dia mengakui agak kekok berinteraksi dengan bayi dan menyangka hal itu sedikit sebanyak menyumbang kepada masalah anaknya.Ketika itu, dia beranggapan sudah memadai meluangkan masa bersama anak hanya dengan menyusukan serta membiarkannya menonton televisyen.Selain itu, tabiatnya yang terlalu cepat memenuhi kehendak anak sebelum si kecil sempat bersuara atau memberi isyarat turut menjadi faktor."Anak tak sempat tunjuk atau beritahu apa dia nak, aku dah hulur. Aku ingat aku ibu terbaik dah apabila dengar anak merengek sikit aku tahu apa dia nak," katanya mengakui kesilapan lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Perasan tak anak remaja kerap berkurung dalam bilik? Mak ayah kena tenang, sebenarnya mereka sedang lakukan 3 perkara iniARTIKEL BERKAITAN: Jangan tegur secara kasar antara tip hormati kanak-kanakTitik perubahan bermula apabila jururawat di Klinik Kesihatan (KK) mendapati perkembangan anaknya tidak seiring usia menerusi ujian saringan dalam buku rekod kesihatan, lalu menasihatinya segera merujuk pakar di hospital.Enggan terus berada dalam fasa penafian, dia dan suami sepakat menjalani sesi terapi dan mengambil langkah drastik.Ia termasuk menghentikan penggunaan semua jenis skrin seperti televisyen, telefon pintar dan permainan video selama berbulan-bulan.Pada masa sama, dia dan suaminya turut memperuntukkan sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk bermain dan memberi fokus penuh kepada anak tanpa gangguan telefon bimbit, selain melatih komunikasi dua hala dengan mengajar anak menunjuk serta menyebut perkataan yang diingini.Seorang wanita berkongsi pengalaman membesarkan anak sulung yang mengalami speech delay.Dia mengakui kesilapannya yang terlalu bergantung antaranya pada televisyen.Isu itu dikesan jururawat Klinik Kesihatan melalui saringan dalam 'buku pink' sebelum dirujuk kepada pakar.Suami isteri ini sepakat menjalani terapi, berhenti menggunakan semua jenis skrin selama berbulan-bulan.Hasil usaha bersama, anak sulungnya kini petah bercakap pada usia tujuh tahun.Ringkasan berita ini dijana oleh AISelain itu, dia turut mengamalkan teknik 'mengulas' setiap perbuatan harian seperti membancuh susu atau menukar lampin dengan intonasi jelas.Sementara itu, suaminya juga mengambil peranan membacakan buku cerita sebelum tidur serta membawa anak melakukan aktiviti rangsangan deria atau sensory play di pantai dan padang rumput.Hasil komitmen bersama suami isteri, anak sulungnya yang kini berusia tujuh tahun sudah petah bercakap dan aktif bertanya pelbagai soalan, manakala anak keduanya pula lancar menghafal surah lazim seawal usia tiga tahun hasil pendekatan komunikasi sejak lahir.Dalam pada itu, dia turut menasihati ibu bapa lain agar tidak berlengah mendapatkan bantuan pakar sekiranya keputusan saringan perkembangan anak kurang memuaskan demi memastikan si kecil tidak terus ketinggalan.Dalam hantaran sama, wanita terbabit turut mengingatkan golongan bapa khususnya agar tidak menuding jari kepada isteri semata-mata jika anak berdepan isu perkembangan."Sebagai bapa pula, apabila anak ada masalah perkembangan, janganlah salahkan ibu sahaja. Tiada seorang ibu pun nak anak jadi sebegitu. Bekerjasamalah, jangan saling menuding jari," kongsinya.