FASA membesarkan anak yang sedang meningkat remaja sememangnya merupakan antara tempoh paling mencabar buat ibu bapa. Pada fasa ini, anak-anak bukan sahaja mengalami perubahan fizikal yang ketara, malah emosi, pemikiran dan cara mereka melihat dunia turut berubah. Tidak hairanlah jika ada dalam kalangan remaja yang mula memilih untuk lebih banyak menghabiskan masa sendirian, termasuk berkurung di dalam bilik.Situasi berkenaan kerap kali membuatkan ibu bapa tertanya-tanya sama ada anak mereka sengaja menjauhkan diri daripada keluarga, terlalu leka dengan gajet atau sedang memendam masalah tertentu.Hakikatnya, bilik bagi sesetengah remaja bukan sekadar tempat tidur, sebaliknya menjadi ruang untuk mereka mendapatkan privasi, melepaskan tekanan dan menenangkan emosi.1. Bilik menjadi ruang paling selamatDi luar bilik, remaja mungkin berdepan pelbagai tuntutan seperti sekolah, tugasan, peperiksaan, rakan sebaya, media sosial, konflik keluarga dan harapan ibu bapa.Justeru, bilik boleh menjadi tempat untuk mereka berehat seketika daripada semua perkara tersebut.Di dalam ruang sendiri, mereka tidak perlu sentiasa bercakap, tersenyum atau melayan sesiapa dan boleh menjadi diri sendiri.2. Sedang rechargeBukan orang dewasa sahaja memerlukan masa untuk bersendirian, begitu juga remaja.Cuma, golongan muda mungkin belum cukup matang untuk menjelaskan bahawa mereka sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikiran.3. Membina identiti diriUsia remaja juga merupakan tempoh untuk seseorang mula mengenali diri sendiri.Mereka mula memikirkan perkara seperti apa yang disukai, minat, cita-cita, pendirian dan jenis rakan yang sesuai dengan diri mereka.Sebab itu bilik juga boleh menjadi ruang untuk mereka meneroka minat seperti muzik, permainan, buku, fesyen, seni atau pelbagai perkara lain.ARTIKEL BERKAITAN: Anak enggan ikut waktu lawatan... Si kecil bukan ‘senjata’ dendam bekas suami isteri, bina kepercayaan bukan paksaanAntara salah faham yang sering berlaku ialah apabila remaja semakin banyak menghabiskan masa di dalam bilik, ibu bapa menganggap mereka mempunyai masalah atau mula memberontak dalam diam terhadap keluarga.Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan tingkah lakuAnak gemar duduk di dalam bilik bukanlah sesuatu yang semestinya membimbangkan, ibu bapa perlu melihat perubahan tingkah laku secara keseluruhan.Antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuk:* Langsung tidak mahu keluar dari bilik.* Hilang minat terhadap perkara yang sebelum ini digemari.* Prestasi pelajaran merosot.* Corak tidur berubah.* Perubahan selera makan yang ketara.* Tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa.* Kelihatan murung, kosong atau mudah marah secara berterusan.* Mengabaikan kebersihan diri.* Menunjukkan tanda putus asa atau bercakap mengenai kematian.Jika perubahan tersebut berpanjangan sehingga mengganggu kehidupan harian, ibu bapa disarankan supaya tidak terus melabel anak sebagai ‘malas’ atau ‘degil’.Sebaliknya, keadaan itu mungkin memerlukan perhatian dan penilaian daripada pihak profesional.Jadi, apa yang ibu bapa boleh lakukan?Jangan terus menyerbu bilik sambil memarahi anak, sebaliknya ibu bapa perlu mengambil pendekatan yang lebih tenang seperti:-Ketuk pintu terlebih dahulu dan masuk dengan izin.-Kemudian, cuba bertanya dengan lembut seperti: “Kamu okay tak? Ayah dan ibu perasan kamu banyak duduk seorang kebelakangan ini.”-Dengar apa yang ingin disampaikan oleh anak tanpa terus memberikan ceramah atau menghukum.Ada masanya, anak tidak memerlukan ibu bapa untuk terus mencari penyelesaian terhadap masalah mereka.Sebaliknya, mereka hanya memerlukan seseorang yang membuatkan mereka berasa selamat untuk bercakap tanpa takut dihakimi.