suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita kongsi pengalaman bawa bayi tunai umrah, ada sebab tak galak ibu bapa bawa anak ke Tanah Suci

Menunaikan umrah bersama anak kecil pastinya mempunyai cabaran tersendiri. -Gambar hiasan AI

PELUANG menjadi tetamu Allah pastinya menjadi detik yang dinanti-nantikan, lebih-lebih lagi apabila dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama insan tersayang.

Namun, bagi pasangan suami isteri yang mempunyai anak kecil, khususnya bayi, keputusan untuk mengerjakan umrah mungkin menimbulkan dilema.

Persoalannya, adakah membawa bayi ketika menunaikan umrah akan menyukarkan urusan sepanjang berada di sana?

Seorang wanita di Threads dikenali sebagai Najwa berkongsi pengalamannya membawa anak menunaikan umrah pada Julai lalu.

The last batch of haj pilgrims waiting for boarding at KLIA in Sepang

Peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci menjadi detik yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. -Gambar hiasan

Menurutnya, pengalaman tersebut secara keseluruhannya berjalan dengan baik dan ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang sekiranya perlu membawa anak kecil bersama.

"Pada yang nak umrah tapi risau bawa bayi, jangan risau, anak saya cukup bahagia ya. Pergi mana-mana dapat hadiah. Orang Arab sangat suka bayi dan kanak-kanak,” katanya.

Enggan ulangi lagi

Bagaimanapun, Najawa turut berkongsi pandangan berbeza berdasarkan pengalamannya sendiri, malah mengakui dia sebenarnya tidak menggalakkan ibu bapa membawa bayi sekiranya mempunyai pilihan lain.

"Untuk pengalaman saya, sebenarnya saya tak sarankan untuk bawa. Sebaiknya janganlah bawa dan usahalah untuk tak bawa. Sebab apa? Sebab kita ke sana nak fokus ibadah sepenuhnya. 

Setiap umat Islam pastinya memasang impian untuk ke Tanah Suci. -Gambar hiasan

"Bila bawa bayi atau kanak-kanak, waktu dan fokus kita nak ibadah pun jadi terganggu. Yang paling penting sebenarnya sebab kesihatan, lebih-lebih lagi untuk bayi bawah satu tahun. 

"Saya bawa bayi sebab tak tahu dan saya pertama kali umrah. Kalau diberi pilihan, lain kali saya pun tak akan bawa bayi," jelasnya lagi.

Lebih merisaukan, Najwa mendedahkan anaknya dimasukkan ke wad selepas mereka pulang daripada mengerjakan umrah.

"Lepas balik umrah, bayi saya masuk wad akibat H1N1, Covid-19 dan influenza A. Saya tak salahkan sesiapa pun. 

"Biasalah, setiap kegembiraan Allah akan berikan ujian untuk kita sentiasa ingat bahawa suami, anak dan diri kita sendiri bukanlah milik kita.

"Tapi saranan saya untuk mak yang ada pilihan untuk tak bawa, janganlah bawa ya," tulis wanita itu lagu.

Artikel Lain