KEHAMILAN membawa pelbagai perubahan pada tubuh wanita, termasuk keadaan kulit. Salah satu perubahan agak lazim berlaku ialah kemunculan bintik hitam atau keperangan pada wajah dikenali sebagai melasma. Melasma muncul pada bahagian wajah yang sering terdedah kepada cahaya matahari seperti pipi, dahi, hidung, bibir atas dan dagu.Jadi, apakah menyebabkan bintik hitam muncul ketika hamil dan bagaimana cara untuk mencegahnya?Perubahan hormon cetus bintik hitam ketika hamilPakar obstetrik dan ginekologi, Dr Lavanya Kiran menjelaskan melasma turut dikenali sebagai 'pregnancy mask' atau topeng kehamilan.Menurutnya, keadaan ini merupakan masalah kulit yang agak lazim dialami wanita hamil dan dicirikan oleh perubahan warna kulit pada wajah.Dia menjelaskan punca utama melasma ialah perubahan hormon ketika kehamilan, khususnya peningkatan hormon estrogen dan progesteron.Peningkatan hormon tersebut boleh mengaktifkan melanosit, iaitu sel yang menghasilkan pigmen kulit.Setiap wanita mengalami perjalanan kehamilan yang berbeza. -Gambar hiasan AIPendedahan kepada cahaya matahari pula boleh memburukkan keadaan dengan mengaktifkan semula sel itu, sekali gus menyebabkan ia kelihatan lebih jelas.Bagaimanapun, Kiran berkata melasma tidak membahayakan kesihatan ibu mahupun janin dan lazimnya beransur-ansur hilang selepas bersalin.Melasma dialami sehingga 75 peratus wanita hamilSatu kajian pada 2024 yang diterbitkan dalam jurnal Clinical, Cosmetic and Investigational Dermatology menganggarkan melasma dialami kira-kira 36.4 hingga 75 peratus wanita hamil.Malah, ia biasanya lebih kerap ditemukan dalam kalangan mereka yang mempunyai tona kulit lebih gelap.Walaupun tidak berbahaya dari segi fizikal, tompok pada wajah boleh menyebabkan tekanan, mengurangkan keyakinan diri dan mencetuskan keresahan.Cara mencegah melasma ketika hamilMemandangkan penggunaan sesetengah bahan atau prosedur untuk merawat melasma lazimnya dielakkan ketika kehamilan bagi melindungi janin, langkah pencegahan menjadi sangat penting.Kiran menyarankan wanita hamil menggunakan pelindung matahari dengan SPF sekurang-kurangnya 30 secara berkala.Perlindungan tambahan juga boleh dilakukan dengan memakai topi, berteduh dan mengelakkan pendedahan langsung kepada cahaya matahari ketika intensitinya tinggi.Selain itu, penjagaan kulit perlu dilakukan secara lembut menggunakan pencuci dan pelembap yang ringan.Kiran merupakan Pengarah dan Pakar Perunding Utama Obstetrik dan Ginekologi di KIMS Hospitals, Electronic City, Bengaluru, Karnataka, India. -Agensi