suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Geli tengok jari kaki berbulu? Jangan gelabah, itu tanda peredaran darah dalam badan lancar

Bulu pada jari kaki boleh menjadi petanda tanda kesihatan seseorang. -Gambar hiasan AI

RAMAI menganggap bulu yang tumbuh pada jari kaki sekadar perkara biasa malah tidak kurang juga melabel ia sebagai menjijikkan.

Namun, tahukah anda bahawa perkara itu sebenarnya ada kaitan dengan kesihatan serta aliran darah dalam badan?

Menurut laporan Agensi, Pakar Perubatan Pemindahan Rambut Dr Aziz Elgindi berkata, pertumbuhan bulu bergantung kepada bekalan oksigen dan nutrien yang dihantar secara berterusan melalui aliran darah.

Di bahagian jari kaki khususnya, aliran darah perlu menempuh jarak lebih jauh dari jantung dan keadaan itu menjadikan kawasan berkenaan lebih sensitif terhadap perubahan peredaran darah.

"Folikel rambut terletak di dalam kulit dan bergantung pada saluran darah kecil untuk kekal aktif.

"Apabila peredaran darah berfungsi dengan baik, folikel terus menerima apa yang diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan dan perkara itu berkait rapat dengan tahap kesihatan individu," katanya.

Bagaimanapun, Dr Aziz menjelaskan bahawa bulu pada jari kaki bukanlah petunjuk kesihatan yang boleh dinilai secara keseluruhan.

Menurutnya, apabila aliran darah berkurangan, folikel rambut mungkin menjadi kurang aktif kerana tidak menerima bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi.

Hal itu boleh menyebabkan bulu menjadi semakin nipis, tumbuh dengan lebih perlahan atau gugur secara bertompok-tompok pada bahagian betis, buku lali dan jari kaki.

"Pertumbuhan bulu yang sedikit dan tidak simetri boleh berpunca akibat masalah peredaran darah dalam badan.

"Aktiviti fizikal seperti pergerakan buku lali semasa duduk, berjalan kaki selepas makan dan mengelakkan memakai kasut yang terlalu ketat boleh membantu pengaliran darah kembali normal," tambahnya.

Namun, jika masalah itu berterusan dan mula mendatangkan kesan kebas, warna kulit berubah ataupun luka lambat sembuh, individu dinasihatkan segera mendapatkan rawatan pakar.

Artikel Lain