suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bapa kena lebih peka, jangan main ‘smash’ je... Ketahui 5 situasi kurang sesuai untuk marah anak!

Ibu bapa tidak wajar menggunakan kata-kata kesat ketika memarahi anak. -Gambar hiasan AI

DALAM budaya masyarakat Asia, memarahi anak ketika mereka melakukan kesalahan bukan sesuatu yang asing. 

Malah, pendekatan ibu bapa zaman dahulu kadang kala lebih tegas, termasuk menggunakan rotan atau penyangkut baju.

Jika diimbas semula, ramai dalam kalangan kita mempunyai kenangan dihukum apabila melakukan kesalahan atau tidak mencapai prestasi akademik diharapkan.

Bagaimanapun, zaman sudah berubah, malah cara dan waktu ibu bapa menegur anak juga perlulah mengikut peredaran semasa hari ini.

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Syafa Kirana, terdapat lima keadaan atau waktu yang menurutnya tidak sesuai untuk memarahi anak.

A kid reaction for image of children in situations of child abuse. Story is about getting cctv to be made compulsory in child care centres. — FAIHAN GHANI/The Star*posed by model

Kanak-kanak juga mempunyai perasaan. -Gambar hiasan

1. Baru bangun tidur

Menurut wanita itu, anak yang baru bangun tidur masih dalam keadaan mamai dan belum bersedia untuk menerima teguran atau bebelan.

Katanya, jika anak terus dimarahi sebaik sahaja membuka mata, ia boleh membuatkan mereka memulakan hari dengan emosi yang tidak baik.

2. Ketika sedang makan

Waktu makan sepatutnya menjadi masa untuk anak menikmati juadah bersama keluarga.

Namun, keadaan boleh menjadi sebaliknya jika mereka dimarahi, dipaksa atau diugut ketika makan.

Menurut perkongsian itu, tekanan ketika waktu makan mungkin menyebabkan anak mengaitkan makanan dengan pengalaman yang tidak menyenangkan.

Ada kanak-kanak yang akhirnya menjadi cerewet ketika makan, kurang selera atau menangis ketika makan kerana berasa tertekan.

3. Di hadapan orang ramai

Kanak-kanak juga mempunyai rasa malu apabila dimarahi, diperli atau dibandingkan dengan orang lain di hadapan khalayak.

Wanita itu berpendapat, menegur anak di hadapan orang ramai atau adik-beradik bukan cara terbaik untuk membuatkan mereka memahami kesalahan.

Sebaliknya, ibu bapa boleh membawa anak ke tempat yang lebih privasi dan bercakap dengan mereka secara tenang supaya teguran tidak menyebabkan mereka berasa dimalukan.

Blanketed by haze.A boy looking out the window of MRT. P.Nathan/The Star

Setiap anak memiliki personaliti berbeza. -Gambar hiasan

4. Ketika ibu bapa sedang penat

Ada masanya, kemarahan ibu bapa mungkin dipengaruhi oleh keadaan diri sendiri seperti terlalu penat, kurang tidur atau tertekan selepas seharian bekerja.

Menurut wanita itu, dalam keadaan sebegini, kesalahan kecil anak mungkin kelihatan lebih besar sehingga menyebabkan ibu bapa mudah hilang sabar.

5. Sebelum tidur

Menurut perkongsian di Threads itu, waktu sebelum tidur juga bukan masa yang sesuai untuk memarahi anak.

Wanita itu mengingatkan ibu bapa supaya tidak membiarkan anak tidur dalam keadaan sedih atau masih memikirkan kata-kata yang menyakitkan hati.

Sebaliknya, ibu bapa boleh mengambil sedikit masa untuk menenangkan keadaan, berbincang jika perlu dan mengakhiri hari dengan kata-kata yang lebih positif.

Bagaimanapun, teguran dan disiplin tetap penting dalam mendidik anak. 

Apa yang boleh dipertimbangkan ialah cara, masa dan keadaan ketika teguran diberikan supaya anak memahami kesalahan tanpa berasa dirinya tidak disayangi.

Artikel Lain