PENGAMBILAN gula secara berlebihan bukan sahaja menjadi punca penyakit diabetes, malah boleh mempengaruhi keadaan kulit wajah seseorang.Pakar dermatologi bertauliah, Dr Whitney Bowe berkata, pengambilan gula berlebihan merupakan antara faktor yang mempercepatkan penuaan kulit. Menurutnya, gula berlebihan boleh mencetuskan proses glikasi iaitu keadaan apabila molekul gula melekat pada protein seperti kolagen dan elastin dalam kulit. Proses ini boleh menyebabkan kulit kehilangan keanjalan serta mempercepatkan tanda-tanda penuaan."Apabila kita membincangkan tentang penuaan pramatang, gula berlebihan merupakan antara punca yang paling sukar disedari," jelas Bowe, dipetik daripada FODMAP Everyday.Gula boleh menjejaskan kolagen kulitApabila paras gula dalam tubuh meningkat, molekul gula boleh bercantum secara spontan dengan protein. Proses inilah yang dikenali sebagai glikasi dan menghasilkan'Advanced Glycation End-products' atau AGEs.Kek dan pencuci mulut tidak sepatutnya diambil dalam kuantiti berlebihan. -Gambar hiasan AIKolagen dan elastin merupakan antara protein yang terjejas akibat proses tersebut.Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam memastikan kulit kekal anjal, licin dan mampu kembali kepada bentuk asal.Amalan harian untuk melindungi kulitMengurangkan kesan gula terhadap kulit tidak bermakna seseorang perlu menghindari makanan manis sepenuhnya. Sebaliknya, beberapa perubahan dalam rutin harian boleh dilakukan bagi membantu mengurangkan peningkatan mendadak paras gula serta melindungi kolagen.Antaranya ialah mengambil makanan manis bersama sumber serat, protein atau lemak sihat. Gabungan tersebut dikatakan dapat membantu mengurangkan peningkatan mendadak paras gula dalam darah.Makanan yang kaya dengan antioksidan seperti beri biru, teh hijau dan sayur-sayuran berdaun hijau juga dikatakan dapat membantu melawan radikal bebas yang memainkan peranan dalam proses glikasi. -Agensi