Perawat tradisional menjadi pilihan alternatif masyarakat di negara sejak dulu lagi. -Gambar hiasan AI
SEGELINTIR individu percaya pengamal perubatan tradisional tertentu mampu mengetahui perkara yang tidak diceritakan oleh pesakit, termasuk hal peribadi mereka. Topik itu menjadi perbualan ramai apabila seorang pemuda bertanyakan soalan mengenai keupayaan seorang perawat mengesan kecenderungan nafsu seseorang, meskipun perkara itu tidak pernah didedahkan."Betul ke ustaz dan tok guru alim yang buat rawatan Islam boleh tahu kita tak normal macam lelaki lain (bernafsu songsang) walaupun tidak diberitahu?" soal pemuda itu. Persoalan yang dibangkitkan pemuda itu meraih perhatian ramai netizen sehingga dia dihujani dengan pelbagai komen di aplikasi Threads."Kebanyakan tok bomoh yang tahu rahsia seseorang biasanya bermain dengan jin. Dia hantar jin, tanya qarin (pendamping) awak. "Boleh jadi ya, boleh jadi tidak. Perawat tak 'imbas' pesakit. Kalau mereka tahu pun, itu bukan kerja mereka untuk menilai pesakit.Selain perubatan moden, rawatan alternatif turut menjadi pilihan segelintir pesakit. -Gambar hiasan AI"Adab rawat pesakit, kita tak guna kelebihan untuk 'imbas' aib pesakit. Perawat yang benar hanya berniat untuk bantu pesakit," tulis beberapa individu.Jawapan perawat alternaifPaling mencuri tumpuan, seorang perawat alternatif dikenali sebagai Anwar Suran turut tampil memberikan pandangannya berhubung perkara itu.Menurut Anwar, tumpuannya ketika merawat adalah untuk membantu semata-mata dan dia tidak berminat untuk menyelongkar kehidupan peribadi pesakit."Mata batin saya terbuka tetapi saya tidak tahu keadaan nafsu batin seseorang. "Setiap kali solat, saya berdoa agar Allah tutupkan saya daripada mengetahui aib yang disorokkan pesakit."Saya hanya akan memeriksan gangguan ghaib yang ada pada diri pesakit sahaja. "Apa yang peribadi, saya mohon agar Allah lindungi saya daripada tahu tentangnya," jawab perawat itu.Menurutnya lagi, dia sudah merawat ribuan pesakit yang mempunyai pelbagai masalah ghaib sejak tahun 2017 dan masih aktif sehingga ke hari ini.