SEORANG wanita mendakwa dipukul suami ketika dia sedang mendukung bayi mereka yang baaru berusia setahun.Wanita itu mendakwa lelaki berkenaan mengasarinya ketika dia sedang cuba menenangkan bayi mereka yang terjaga akibat terkejut mendengar suara suaminya. Menurutnya, suami bertindak memukul bahagian kepalanya meskipun ketika itu anak mereka berada dalam pelukannya.Akibat kejadian itu, dia mengalami trauma selain emosinya kerap terganggu.Suami isteri perlu ada sikaptoleransi demi keharmonian dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI"Saya dipukul suami di bahagian kepala. Masa kena pukul itu saya tengah peluk anak umur setahun. Dia terjaga sebab dengar suara suami yang kuat," ceritanya.Walaupun tidak mengalami lebam atau kecederaan ketara, wanita itu mendakwa kejadian berkenaan bukan kali pertama berlaku malah sudah beberapa kali dipukul suaminya sebelum ini."Sebelum ini sudah banyak kali saya kena pukul cuma kesannya emosi saya akan terus berubah setiap kali teringat peristiwa itu."Tengah gembira tiba-tiba jadi murung. Saya berdendam dengan suami dan saya selalu lepaskan kemarahan pada anak.ARTIKEL BERKAITAN: Didera batin setiap kali bersalin! Suami liwat, paksa ‘bersama’ tak peduli isteri sakitARTIKEL BERKAITAN: Terseksa jadi mangsa dera suami, wanita nekad gantung diri... Sempat hubungi ibu sebelum ambil nyawa sendiri"Adakah saya perlu rawatan psikiatri? Laporkan pada polis untuk rujukan mahkamah? Sebab saya mahu berpisah dengan suami," ujarnya.Namun dia bimbang tindakan mendapatkan rawatan kesihatan mental boleh menjejaskan peluangnya mendapatkan hak penjagaan anak sekiranya berlaku penceraian.Luahan wanita itu turut mendapat perhatian netizen yang meminta dia tidak bimbang tentang persoalan tersebut.Berdasarkan garis panduan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa keganasan rumah tangga boleh mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di hospital kerajaan, termasuk bantuan psikologi sekiranya mengalami tekanan emosi atau trauma. Wanita dakwa dipukul suami ketika dukung bayi, alami trauma hingga emosi terganggu.Bukan kali pertama dipukul, mangsa akui sering murung dan berdendam terhadap suami.Lebih memilukan, wanita mengaku tempias kemarahan turut dilepaskan kepada anak.Takut hilang hak penjagaan anak jika mendapatkan rawatan psikiatri selepas dicederakan suami.Netizen nasihat mangsa buat laporan polis, dapatkan rawatan dan utamakan keselamatan diri serta anak.Ringkasan ini dijana oleh AIMereka juga boleh mendapatkan perlindungan menerusi Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) yang boleh dipohon melalui JKM tanpa perlu membuat laporan polis terlebih dahulu.Bagi wanita yang bimbang kehilangan hak penjagaan anak kerana mendapatkan rawatan psikiatri, perkara itu tidak berlaku secara automatik. Penentuan hak penjagaan anak mengambil kira kebajikan anak dan keadaan kes, termasuk keupayaan ibu bapa menyediakan penjagaan yang selamat. Mangsa boleh mendapatkan nasihat undang-undang serta bantuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan.