suria

Didera batin setiap kali bersalin! Suami liwat, paksa ‘bersama’ tak peduli isteri sakit

Setiap perkahwinan mempunyai dugaan dan cabaran tersendiri. -Gambar hiasan

HIDUP berumah tangga banyak dugaannya, tidak seindah yang disangka.

Seperti wanita ini, dia boleh dianggap malang kerana bersuamikan lelaki kaki pukul dan tidak berperikemanusiaan.

Tanpa mendedahkan usia perkahwinannya, ibu kepada dua cahaya mata itu mendakwa dirinya sering dipukul suami sehingga menderita mental dan fizikal.

"Jumaat hari tu paling teruk aku kena pukul. Suami aku sepak muka sepenuh hati sampai bengkak telinga.

"Dia hentak kepala aku kat dinding, dia tumbuk paha aku sampai sekarang masih sakit. Anak tersentuh paha tu pun keluar air mata sebab memang sakit," luahnya menerusi hantaran di laman X.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan bahagia. -Gambar hiasan

Wanita itu memaklumkan bahawa kecederaan yang dialaminya itu membuatkan dia sukar berjalan dengan baik terutamanya ketika mendukung anak.

Selain dipukul, suri rumah itu turut mendakwa didera secara batin sejak bersalin anak sulung sambil menambah kejadian berulang selepas menimang cahaya mata kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja di Singapura, ramai anggap gaji tinggi! Isteri di Malaysia sukar pinjam duit rakan, tak siapa percaya diri tengah ‘pokai’

ARTIKEL BERKAITAN: Suami larang ‘order’ air kosong, malu isteri hidap kencing manis... Balik rumah kena pukul jika ingkar

"Dua kali bersalin, dua kali kena liwat di belakang masa dalam pantang sebab bahagian depan masih nifas.

"Aku cakap tak nak, dia tetap buat. Aku selalu turutkan apa yang dia nak," ujarnya yang bimbang diugut suami dengan kekerasan.

Menurut wanita itu, selain seorang yang ganas suaminya juga bergaji kecil tetapi dia masih mempertahankan rumah tangganya.

Pergilah selamatkan diri dan anak. Kalau awak pun dia pukul, tak lama lagi anak pun kena pukul.

WARGA MAYA

"Dia miskin pun aku masih setia. Sebab aku memang terkurung saja dalam rumah. Aku tak ada kereta, tak lari pergi ke mana-mana," katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut dengan pendedahan mangsa keganasan rumah tangga itu dan menyarankan dia segera membuat laporan polis.

Seorang wanita tidak dapat menahan kesakitan dipukul. -Gambar hiasan

Selain itu, mereka turut menasihatinya supaya menghubungi talian masyarakat seperti Talian Kasih berhubung kes penderaan yang dialaminya.

"Badan tengah berbekas ni (kesan dera), telefon polis. Nak keluar rumah tak ada kereta kan, telefon polis. Tolonglah keluar dari rumah, dari perkahwinan tu.

"Telefon Talian Kasih. Nanti mereka akan bantu. Suri rumah tak ada pendapatan, nanti mereka uruskan. Mereka akan sambungkan dengan agensi-agensi terlibat. Semoga Allah memberi kekuatan dalam perlindungan buat puan.

"Pergilah selamatkan diri dan anak. Kalau awak pun dia pukul, tak lama lagi anak pun kena pukul. Kalau adik-beradik tak ada, minta tolong jiran report," demikian antara komen warga maya.

Sebagai peringatan, perbuatan dera dan keganasan adalah salah di sisi undang-undang serta dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain