suria

Bawa lari anak kecil tengah malam, tinggal dalam hutan! Isteri rasa terancam, benci kekejaman bekas suami

Seorang wanita ketakutan selepas anaknya dilarikan bekas suami. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila bekas suami tiba-tiba muncul di rumahnya waktu tengah malam bersama beberapa rakan.

Menurut dakwaan wanita itu di Facebook, bekas suaminya membuat kecoh, bertindak ganas dan luar kawalan hingga merosakkan harta benda dalam kejadian itu.

Tambah wanita itu lagi, lelaki tersebut yang telah lima tahun berpisah dengannya datang ke rumahnya sekitar pukul 12 tengah malam untuk membawa lari anak mereka.

"Dia datang rumah terpekik-pekik depan kediaman pagi-pagi buta dan terajang pintu sampai pecah disebabkan saya tak nak bagi anak.

Konflik antara bekas suami atau isteri sering berlaku selepas penceraian. -Gambar hiasan

"Bekas suami larikan anak kami. Saya kejar dia tapi hilang jejak. Jadi saya terus ke balai polis buat laporan tapi pihak polis tak nak ambil report sebab katanya 'masalah rumah tangga'.

"Saya sudah lama bercerai. Tak ada hitam putih hak penjagaan anak dapat dekat siapa sebab lepas bercerai dia memang tak ambil tahu fasal anak dan satu sen tak pernah bagi," dakwanya dalam hantaran di grup Tanya Peguam.

Bercerita lanjut, katanya, bekas suami bagaimanapun menghubunginya sekitar pukul 6.30 pagi, meminta dia mengambil anak mereka semula selepas kanak-kanak itu menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancang ambil anak angkat, wanita tak keruan kit ujian hamil naik dua garis selepas 16 tahun kahwin - “Saya tak yakin, risau alat tu rosak”

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga bertahun-tahun, wanita mahu pulangkan anak angkat! Bukan tak sayang, letih hadap keluarga kandung suka ugut dan minta duit

Paling menyayat hati apabila mengetahui anak kecil berusia enam tahun itu ditinggalkan sendirian di sebuah rumah kebun dalam kawasan hutan.

Menerusi hantarannya, dia turut meluahkan rasa kecewa terhadap pihak berkuasa yang didakwa tidak mengambil tindakan wajar, walaupun jelas dia berasa terancam dengan tindakan bekas suami.

"Persoalan saya kenapa pihak polis tak boleh ambil tindakan? Selepas kejadian ni apa patut saya buat. Saya betul-betul rasa terancam dan tak selamat.

"Sebelum ni saya tak pernah halang dia nak jumpa anak-anak tapi bertahun-tahun dia abaikan nafkah. Saya sakit hati dan sekarang memang saya tak izinkan dia jumpa mereka dah.

Polis tak ambil tindakan sebab puan tak ada perintah hadanah dari mahkamah syariah.

AIMAN ZULKIFLI

PEGUAM SYARIE

"Kalau boleh saya nak buang nama dia dalam surat beranak," luah wanita itu.

Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi warga maya yang turut tidak dapat menerima perbuatan si bapa meninggalkan anak di dalam hutan.

Dalam pada itu, seorang peguam syarie, Aiman Zulkifli tampil menjelaskan bahawa wanita ini boleh mengambil tindakan berdasarkan masalah dikongsikan.

Komen netizen di Facebook.

"Polis tak ambil tindakan sebab puan tak ada perintah hadanah dari mahkamah syariah. Lagipun ayah ambil tu bapa kandung. Tak ada istilah ayah kandung culik anak.

"Bab polis tak nak terima laporan yang dibuat adalah satu kesalahan. Polis mesti terima laporan yang dibuat tapi sama ada kes diteruskan siasatan atau tidak bergantung kepada penilaian pihak polis sama ada wujud elemen jenayah atau tak.

"Nasihat saya, puan buat je report dulu dan failkan kes hadanah di mahkamah syariah," ujarnya memberikan pandangan berikutan masalah dihadapi pengadu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain