suria

Ah long bebas ugut, simbah cat rumah orang macam tiada undang-undang! Penghuni tak pernah pinjam wang pun jadi mangsa

Menyimbah cat berwarna merah adalah antara bentuk ugutan ah long untuk menggertak peminjam. -Gambar hiasan

IBARAT peribahasa 'orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getahnya'.

Demikian situasi sedang dialami oleh individu ini apabila dia dan keluarga menjadi sasaran ah long gara-gara penyewa terdahulu tidak melangsaikan hutang.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, individu berkenaan meluahkan rasa tertekan diganggu geng ceti haram itu sejak dua bulan lalu hingga keselamatan diri dan keluarganya terancam.

"Saya baru beli rumah dan baru duduk lebih kurang setahun dua bulan. Semasa beli, rumah tersebut adalah rumah yang disimbah cat ah long.

"Ketika beli rumah, kami dah tanya kepada ejen, 'kes ah long dah settle atau belum'. Dia maklumkan sudah settle, jangan risau.

pic 1

Orang ramai dinasihatkan berwaspada sebelum mengambil keputusan untuk meminjam wang daripada ceti haram. -Gambar hiasan

"Jadi kami percaya bulat-bulat apa ejen tu cakap. Selepas setahun kami duduk, kami diganggu oleh ah long," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, selain kerap mendapat surat ugutan, pagar rumah mereka pernah dikunci oleh ah long dan perlu melunaskan bayaran sebagai penyelesaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis pinjam 16 ah long nak bayar deposit rumah, merana kena ‘bunga’ RM1,000 sehari!

ARTIKEL BERKAITAN: Ah Long salah serang rumah, silap simbah cat! Enggan bayar apa-apa... Suruh mangsa cari sendiri penghutang minta ganti rugi

"Nak buka (pagar) perlu bayar RM2,000 dan untuk tidak diganggu mereka meminta kami bayar RM10,000 untuk tutup kes dan tidak akan mengganggu kami lagi.

"Persoalannya, adakah kami perlu bayar sedangkan bukan kami yang berhutang. Sekiranya tidak bayar, tiap bulan mereka akan datang simbah cat di rumah kami.

"Tak kan tiap-tiap bulan nak kena cat balik. Orang sekeliling akan memandang kami yang berhutang," luahnya lagi.

Untuk tidak diganggu mereka meminta kami bayar RM10,000 untuk tutup kes dan tidak akan mengganggu kami lagi.

PENGADU

Menjelaskan lebih lanjut, individu berkenaan berkata dia sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa, namun ujarnya buat masa ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan selain dia dinasihatkan mengambil langkah keselamatan dengan memasang kamera pengawasan (CCTV).

"Rata-rata polis mesti akan cakap benda sama. Hanya boleh buat rondaan dan ambil tindakan sekiranya dapat tangkap pelaku melalui CCTV," kongsinya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan simpati terhadap nasib individu berkenaan.

komen ah long

Antara pandangan dan cadangan daripada warga maya.

Selain memberikan pelbagai cadangan sebagai solusi kepada masalah yang dihadapinya, mereka menyarankan agar individu tersebut tidak tunduk dengan ugutan geng ah long kerana dibimbangi perbuatan tersebut sebenarnya didalangi scammer.

"Ah long saja nak peras ugut ambil duit orang. Dia kenal orang yang pinjam, dia tahu yang duduk rumah tu sekarang orang lain. Pasang CCTV dan buat report.

"Belilah alarm sistem yang boleh bunyi kuat-kuat tu. Awak nampak je orang lalu, bunyikan alarm sekuat-kuatnya. Mungkin konco-konco dia takut dah nak mari.

"Kumpulkan orang-orang taman. Ah long datang pegang terus. Negara ada undang-undang," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain