KETAGIHAN permainan video biasanya berlaku dalam golongan pelajar sehingga ada yang terjejas pelajaran. Bagi seorang wanita, masalah ketagihan permainan video bukan melibatkan anak-anaknya, sebaliknya suami. Sejak awal perkahwinan sehingga mempunyai lima anak, ketagihan suaminya itu bagaikan sukar dibendung malah disifatkan semakin membarah dari hari ke hari. Sikap ego suami tidak menerima nasihat isteri boleh menyebabkan rumah tangga berantakan. -Gambar hiasan "Umur dah 30-an tapi masih layan game tengah malam hingga jam 3, 4 pagi. Tak larat nak hadap macam ni sampai ketepikan anak isteri. "Solat berterabur, game yang utama. Suruh tinggal tak nak tinggal. Rasa nak lari pun ada," luahnya di media sosial. Menurut wanita itu, ketagihan suaminya terhadap permainan video amat teruk sehingga tahap kehilangan kerja. ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal kahwin ‘kaki game’! Isteri bersalin Czer nekad cerai, suami tak pernah tolong urus anak ketika berpantang ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah tak culas tapi ‘hadap’ phone sampai subuh! Isteri nak cerai, tak mahu terus berdosa marah suami ‘kaki game’ "Dulu kerja dengan orang, sekarang sebab dah berhenti konon nak bantu famili tapi tak buat betul-betul. "Jadi makin banyak pula masa main game," katanya, sambil menambah suami membantu dalam bisnes kuih yang diusahakan ibu bapanya. Lebih mengecewakan, disebabkan permainan video suaminya sanggup melewatkan waktu beribadat selain kerap memaki anak dan isteri. Boleh cuba buat macam isteri saya buat. Dia doa kaw-kaw, lama kelamaan saya sendiri kurang minat nak main. NETIZEN "Sampai solat tu pun terabur saya tak boleh kompromi bab-bab ibadah ni. Solat lewat kadang hujung waktu. "Sebab game juga dia baran dengan anak. Anak kacau dia main, dia marah anak sedangkan baru umur setahun anak tu," katanya. Wanita itu mendedahkan pelbagai perkara telah dilakukannya termasuk memberitahu ibu bapa mentua tetapi masih tidak berkesan. Katanya, masalah ini sememangnya diketahui oleh mentuanya kerana mereka tinggal sebumbung. Isteri terpaksa berniaga bagi menambah pendapatan kerana suami malas bekerja. -Gambar hiasan "Saya pujuk suruh berhenti (main game) sebab tak datang faedah, dia perli saya main TikTok sedangkan saya buat 'affiliate'. "Perbelanjaan harian sekarang saya terpaksa tampung, dah la saya target dapat jualan RM10 paling kurang tapi dapat RM3 ke RM5, memang perit sangat," katanya. Sementara itu, menjengah ke ruangan komen warga maya meminta wanita itu bersabar dan terus berdoa agar suaminya berubah. "Boleh cuba buat macam isteri saya buat dulu. Dia doa kaw-kaw, lepas tu lama kelamaan saya sendiri rasa kurang minat nak main. "Isteri terkejut dan baru dia beritahu dia ada doa untuk saya kurangkan bermain game. Selamat mencuba," kata seorang lelaki. "Suruh dia jangan tinggal solat. Satu hari nanti dia akan tinggalkan benda tu. Aku pernah alami benda ni dan sampai masa tinggalkan juga bila dah puas," kata seorang lagi warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube