KANAK-KANAK bawah umur masih belum sempurna perkembangan akalnya dan cenderung bertindak tanpa berfikir panjang. Sekiranya permintaan tidak dituruti, mereka akan merengek dan mungkin bertindak agresif dengan harapan mendapat perhatian orang dewasa. Melalui satu hantaran di media sosial, seorang remaja perempuan mengimbas sikapnya ketika berusia enam tahun. Setiap kanak-kanak mempunyai pelbagai ragam tersendiri. -Gambar hiasan Menurut remaja tersebut, kerana gagal mengawal kemarahan pada ketika itu, dia nyaris meletakkan nyawa bapanya dalam bahaya. "Masa kejadian tu, aku tengah ralit tengok kartun Hello Kitty dekat televisyen. Tiba-tiba ayah datang tutup TV, dia tak bagi aku tengok kartun tu. Aku geram teramat sebab sedang syok ni. "Jadi waktu ayah tidur, aku cuba bunuh dia. Aku ambil bantal dan tekup dekat muka abah, tapi tak lama pun, dalam empat saat je, lepas tu aku terus lari keluar bilik. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah burnout, hilang kawalan pukul anak autisme... Wanita duga bapa tanya soalan sukar - “Abah serah kepada polis untuk siasat” ARTIKEL BERKAITAN: Kecil-kecil dah pandai tampar kawan, bapa sedar anak tiru tindakannya! Menyesal guna 'hukuman' cubit, pukul di rumah "Keesokan harinya, sebelum pergi rumah pengasuh, aku jujur dengan ayah tentang niat aku tekup bantal tu, aku minta maaf. Nasib baik ayah maafkan," kata remaja itu yang terkesan dengan kisah silamnya. Lebih menimbulkan rasa ralat apabila bapa kepada remaja itu dijemput Ilahi tidak lama selepas kejadian berkenaan. "Pada suatu hari, abang datang jemput aku daripada pengasuh, dia beritahu ayah dah meninggal dunia. Apabila sampai rumah, aku nampak jenazah ayah terbujur. Jangan salahkan diri awak tau, anggap ini sebahagian daripada takdir tuhan. WARGA MAYA "Aku terus pergi dekat jenazah ayah, aku jerit tepi telinga dia, aku ingat dia pura-pura mati, tapi kali ni dia betul-betul tiada. Ayah meninggal kerana sakit jantung dan kencing manis. "Walaupun ada timbul rasa penyesalan, kena ingat juga, aku ketika itu hanya kanak-kanak umur enam tahun," ujarnya mengakhiri perkongsian. Melewati ke ruangan komen, warga maya terkejut dengan tindakan remaja itu ketika zaman kanak-kanaknya. Pelayar bertukar pandangan. "Semoga awak terus kuat untuk meneruskan kehidupan, kalau saya memang trauma habis, sampai ke hari ini akan rasa bersalah. "Cerita Hello Kitty tu bawa bala betul, awak masih boleh tengok ke? Kalau saya di tempat awak, pandang kartun tu pun akan menggigil badan ni. "Jangan salahkan diri awak tau, anggap ini sebahagian daripada takdir tuhan. Ajal tak akan pernah cepat atau lambat walau sesaat," kata beberapa warga maya.