SETIAP insan mempunyai pandangan tersendiri apabila tiba di persimpangan besar dalam kehidupan seperti perkahwinan atau menimang cahaya mata. Diskusi berkaitan topik ini seharusnya dijalankan secara harmoni dengan setiap seorang menghormati perbezaan pendapat. Bagaimanapun, masyarakat cenderung memiliki pendirian yang dipersetujui secara majoriti sehinggakan mereka dalam kelompok minoriti akhirnya dipandang serong. Masa lapang di pejabat kebiasaannya dihabiskan dengan bersembang kosong. -Gambar hiasan Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita menceritakan perbincangan hangat yang diadakan bersama rakan sepejabatnya mengenai tanggungjawab suami isteri dalam rumah tangga. Menurut wanita itu, hatinya menjadi panas meluap-luap apabila mendengar pendapat yang dikeluarkan seorang rakannya. "Saya tak sangka ada seorang rakan sepejabat boleh setuju agar suami patut tinggalkan pinggan dekat meja selepas makan untuk isteri basuhkan. ARTIKEL BERKAITAN: Suami gelabah isteri terlantar sakit tak dapat tunai tanggungjawab, terus kahwin lain! Anak-anak dibiar dengan bini pertama ARTIKEL BERKAITAN: Suami nikah sahabat, wanita hidup terkontang kanting tak diberi nafkah! Berhabis 50K buat majlis kahwin boleh pula "Kemudian dia tambah lagi, isteri juga kena sediakan air basuh tangan untuk suami di meja. Jadi saya pun tanya kenapa dia cakap begitu, terperanjat boleh keluar kenyataan sebegini daripada mulut seorang perempuan. "Dia pun jawab... eh betul la, kita ni sebagai isteri memang kena tolong kemas meja dan basuh pinggan suami. Aku hanya mampu gelak je dalam hati dengar begitu, malas nak mencarut sampai tujuh keturunan," ujarnya geram. Kadang-kadang tu aku susah nak faham, kenapa lelaki selepas kahwin auto jadi 'cacat'. WARGA MAYA Tambah wanita itu, pemikiran sedemikian seakan-akan datang daripada masyarakat Timur Tengah yang bersifat konservatif iaitu mempertahankan adat dahulu kala. "Dah macam orang Arab jadinya, tapi kawan aku tu nak cakap datang daripada tempat padang pasir pun tak juga," katanya sinis. Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat sependapat dengan wanita itu bahawa seorang suami perlu bertanggungjawab untuk membantu isteri mengemas rumah. Pelayar bertukar pandangan. "Kadang-kadang tu aku susah nak faham, kenapa lelaki auto jadi 'cacat' selepas kahwin. Semua nak isteri tolong buatkan. Mungkin sebelum kahwin lagi dia memang dah biasa perhambakan maknya. "Zaman bila nak hidup macam ni lagi. Aku sebagai isteri dah tolong masak dan hidang, tugas suami sepatutnya mengemas dapur tu, baru adil. Tak akan la daripada A hingga Z semuanya aku. "Dalam agama pun ada sebut yang tugas seorang suami untuk membersihkan rumah. Ini belum masuk soal anak lagi, lebih merisaukan apabila kebanyakan lelaki dengan pemikiran sebegini biasanya suka anak ramai," kata warga maya.