suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kegiatan ‘swinger’ makin parah, perkahwinan lebih sedekad runtuh lepas suami ‘makan’ sepupu sendiri! - “Rasa janggal jumpa masa raya”

Elakkan daripada terlibat dengan aktiviti bertukar pasangan demi kesejahteraan dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

SEBUAH mahligai rumah tangga yang kelihatan bahagia dan normal pada pandangan mata kasar akhirnya hancur selepas pasangan suami isteri memilih gaya hidup menyimpang daripada norma Islam sehingga mencetuskan konflik sebelum berakhir dengan perceraian.

Menerusi satu pendedahan di Threads, seorang wanita berkongsi kisah benar mengenai sepasang suami isteri yang didakwa terjebak dalam komuniti swinger atau aktiviti bertukar pasangan selepas lebih sedekad membina mahligai perkahwinan.

Dakwa wanita itu, pasangan yang mengamalkan konsep perkahwinan terbuka (open marriage) ini menyertai beberapa kumpulan dalam talian berkaitan gaya hidup tersebut.

Namun, apa yang peliknya mereka dikatakan tidak pernah menjalinkan hubungan secara langsung dengan individu dalam kumpulan berkenaan, sebaliknya sekadar memberi kebebasan kepada pasangan untuk berkenalan dengan orang luar.

Individu yang terlibat dengan aktiviti swinger cenderung mendapat penyakit kelamin. -Gambar hiasan

"Si isteri menggatal (berbalas mesej mesra) dengan ramai lelaki, dengan beranggapan orang luar adalah pilihan lebih selamat berbanding dengan kawan-kawan terdekat.

"Tapi si suami ini pula menggatal dengan sepupu isteri dia. Pada suatu malam tu isteri dia terjumpa satu video dalam telefon suami, dan beberapa mesej juga. Rupanya sepupu dia pernah hantar video.

"Video tu merupakan rakaman intim bersama suami dia. Sambil sepupu beritahu yang dia tak 'puas' dengan suami dia. Suami sepupu dah madukan dia dengan wanita dari negeri lain," katanya membongkar kisah jijik berkenaan.

Walaupun pada awalnya hubungan bebas itu dibuat atas persetujuan bersama, si isteri akhirnya gagal mengawal perasaan cemburu selepas mengetahui suaminya menjalinkan hubungan intim dengan saudara sendiri.

"Si isteri yang menetap di Pantai Timur rasa terabai sebab suami kerap ke Kuala Lumpur. Dia bersemuka dan cakap mengenai mesej dan video tu dekat suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri husnuzon suami doktor kerap ‘on-call’, alat sulit bercukur rupanya petanda curang... Paling pedih 8 bulan digantung tak bertali

ARTIKEL BERKAITAN: Bahaya, bahana seks tukar-tukar pasangan! Geng swinger ibarat cari penyakit, ‘undang’ 5 jenis kanser

"Dia marah suami sebab berhubungan dengan orang terdekat. Isteri dia pula kenal sepupu dan seluruh keluarga perempuan tu. Mesti la rasa janggal apabila jumpa masa hari raya," ceritanya lagi.

Tambah wanita itu, konflik berpanjangan tersebut akhirnya mencetuskan pertengkaran demi pertengkaran besar, sehinggakan si isteri sanggup menipu suaminya dengan mendakwa dia turut berlaku curang semata-mata demi menuntut perceraian segera.

Perkongsian kontroversi itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyelar tindakan pasangan tersebut dan menyifatkan gaya hidup barat sedemikian hanya membawa mudarat besar dalam institusi kekeluargaan.

"Cerita benar yang jarang diceritakan.

"Macam peribahasa mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Nama pun perkahwinan terbuka. Semoga bertaubat," komen beberapa netizen.

  • Perkahwinan terbuka dipersetujui bersama, namun akhirnya berakhir dengan perceraian.
  • Isteri cemburu selepas suami didakwa menjalin hubungan dengan saudara yang dikenali keluarga.
  • Penemuan video dan mesej mesra dalam telefon suami mencetuskan konflik rumahtangga.
  • Lebih sedekad berkahwin, pasangan terbabit terjerumus dalam gaya hidup 'swinger'.
  • Hubungan dengan individu terdekat keluarga menjadi punca keretakan rumah tangga,

Fenomena bertukar pasangan atau swinger sebelum ini pernah menjadi perhatian apabila dilaporkan semakin berkembang menerusi platform dalam talian, termasuk sebuah akaun media sosial yang didakwa mempunyai sehingga 300,000 pengikut.

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Amierul Zulkilman sebelum ini turut menyeru masyarakat supaya mengetepikan stigma negatif dan memberi fokus kepada usaha sokongan terhadap golongan terbabit.

Dalam pada itu, pakar kesihatan awam memberi amaran bahawa individu yang terlibat dalam aktiviti berisiko tinggi berdepan kemungkinan dijangkiti penyakit kelamin seperti Human Immunodeficiency Virus (HIV), sifilis dan cacar monyet (mpox atau monkeypox).

Artikel Lain