NEGARA seberang kecoh apabila tular kisah pasangan suami isteri yang bertukar-tukar pasangan melakukan aktiviti seks atau lebih popular dengan istilah 'swinger'. Menurut Pengarah Siasatan Siber Polda Metro Jaya, Kombes Roberto Pasaribu, pasangan itu mengadakan pesta swinger sebanyak 10 kali di Jakarta dan Bali. Pada Disember lalu, kecoh di Malaysia apabila seorang tukang sapu didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah atas empat pertuduhan menyebar serta menjual kandungan lucah kegiatan seks swinger. Risiko kesihatan pengamal swinger Dari sudut kesihatan, umum mengetahui kebiasaan bertukar-tukar pasangan seksual boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit kelamin. Menurut laporan 'Medical News Today', kajian The English Longitudinal Study of Aging mendapati semakin banyak pasangan seksual yang dimiliki seseorang, semakin tinggi risiko dijangkiti penyakit kelamin. Selain jangkitan HIV, pelaku seks bebas juga berisiko terkena kanser. -Gambar hiasan Para penyelidik juga mendedahkan individu yang mempunyai 10 atau lebih pasangan seksual sepanjang hidup mereka mempunyai risiko lebih tinggi untuk didiagnosis dengan kanser, berbanding mereka yang hanya mempunyai seorang pasangan seksual atau tidak pernah mempunyai pasangan langsung. Selain itu, kebiasaan bertukar-tukar pasangan juga meningkatkan risiko jangkitan hepatitis B dan C. Peningkatan risiko kanser juga dikaitkan dengan penularan human papillomavirus (HPV). Virus ini boleh menyebabkan beberapa jenis kanser, antaranya: - Kanser serviks - Kanser mulut - Kanser anus - Kanser zakar - Kanser prostat Tidak ketinggalan, memiliki ramai pasangan seksual juga boleh meningkatkan risiko penularan HIV. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube