suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dicemuh bau busuk, siap buat muka kerut! Menantu makan hati mentua persoal resipi masak lemak cili api letak kulit kayu manis

Setiap orang mempunyai teknik memasak yang diwarisi keluarga. -Gambar hiasan AI

SETIAP keluarga mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan hidangan, malah resipi yang diwarisi turun-temurun sering menjadi identiti dan kebanggaan masing-masing.

Namun bagi wanita ini, perbezaan cara memasak mencetuskan rasa terkilan yang amat mendalam apabila juadah yang disediakannya dikritik secara terbuka oleh ibu mentuanya sendiri.

Konflik tersebut menjadi lebih parah apabila dia turut mendakwa teguran yang menggores hati itu dibuat di hadapan ahli keluarga yang lain termasuk ipar-duai.

Berkongsi pengalaman di Thread, dia mengakui kurang senang dengan sikap segelintir individu yang gemar mengutuk cara masakan orang lain hanya kerana berbeza daripada kebiasaan mereka.

Kebanyakan isteri memasak mengikut citarasa keluarganya. -Gambar hiasan AI

Kebanyakan isteri memasak mengikut citarasa keluarganya. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia menyediakan ayam masak lemak cili api mengikut resipi keluarganya yang menggunakan rempah seperti kayu manis dan bunga lawang.

"Aku buah ayam masak lemak cili api. Dalam keluarga aku memang diajar letak kulit kayu manis, bunga lawang, bawang dan halia.

"Tapi mak mentua aku ni, lepas dia rasa terus tanya kenapa letak kulit kayu manis sambil buat muka kerut dia tu," luahnya yang terkilan dengan reaksi bersahaja ibu mentuanya.

Lebih mengecewakan, ibu mentuanya juga didakwa tergamak menyifatkan masakan hasil air tangannya itu sebagai berbau 'busuk' tepat di hadapan mukanya.

  • Wanita terkilan masakannya dikritik ibu mentua di depan ahli keluarga lain.
  • Dakwa ayam masak lemak cili api dimasak ikut resipi keluarga sendiri.
  • Ibu mentua pertikai penggunaan kayu manis dan bunga lawang dalam masakan.
  • Terkejut apabila masakan itu disifatkan berbau "busuk" di hadapannya.
  • Netizen berbelah bahagi, ada pertahan resipi keluarga, ada persoal penggunaan rempah tersebut.

Terkejut dengan komen itu, dia kemudian menjelaskan bahawa cara memasak tersebut sememangnya diamalkan oleh keluarganya sejak dahulu lagi.

"Aku jawab sebab memang keluarga kami masak macam ni. Mak saya pun masak macam ni dan anak mak juga suka makan masakan seperti itu," ujarnya.

Menurut wanita berkenaan, dia tidak pernah mengkritik masakan ibu mentuanya walaupun ada sesetengah hidangan yang tidak menepati cita rasanya.

Justeru, dia berharap orang ramai boleh belajar untuk lebih menghormati perbezaan cara memasak kerana setiap keluarga mempunyai resipi dan teknik tersendiri yang unik.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas mentua kerap merentan di sosial media, sindir anak lelaki perlu utamakan ibu - “Duit wajib bagi pada mak”

ARTIKEL BERKAITAN: Beritahu nak datang tiga orang, rupanya empat kereta! Ibu mentua ambil peluang fitnah menantu, sebar cerita tak jamu makanan

"Dalam isu masak-memasak ni tak ada yang betul atau salah. Asalkan kena dengan cita rasa masing-masing, kira jadilah," katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa setiap individu berhak memasak mengikut cita rasa dan tradisi keluarga masing-masing tanpa perlu dipandang rendah atau dikritik.

Namun tidak kurang juga yang mempertikaikan cara masakannya kerana berbeza dengan resipi yang sering dikongsikan kebanyakan orang.

"Saya pun pelik juga kenapa buat masak lemak letak kulit kayu manis. Walau tak ada betul dan salah tapi masih ada peraturan bahan-bahan juga.

"Daripada cakap busuk, sebaiknya cakap unik sebab letak kulit kayu manis kerana ada aromanya," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain