suria

Beritahu nak datang tiga orang, rupanya empat kereta! Ibu mentua ambil peluang fitnah menantu, sebar cerita tak jamu makanan

Menjadi lumrah mentua selalu mempunyai sikap tidak berpuas hati dengan menantu. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa selepas berdepan situasi memalukan ketika menerima kunjungan keluarga mentua ke rumahnya.

Katanya, sepanjang 15 tahun mendirikan rumah tangga, dia sentiasa berusaha menyediakan hidangan terbaik setiap kali menerima kunjungan mereka.

Namun pada tahun ini, situasi itu berubah menjadi sebaliknya apabila keluarga mentua didakwa seakan-akan cuba memalukannya.

Adab dalam ziarah pastikan tuan rumah mengetahui lebih awal kehadiran anda. -Gambar hiasan AI

Adab dalam ziarah pastikan tuan rumah mengetahui lebih awal kehadiran anda. -Gambar hiasan AI

"Kakak ipar kata nak datang, bertiga je. Dia dengan suami dan mak mentua. Jadi aku nak goreng mi je sebab mereka datang lepas Asar.

"Namun masa kami sedang makan tengah hari, tiba-tiba ada orang bagi salam. Rupanya mereka dah sampai. Paling teruk bukan tiga orang tapi empat kereta termasuk ipar-duai serta anak cucu lain," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah dah gelap tetap gigih nak gegar! Wanita geram jiran sekampung datang beraya lewat malam - “Bodoh, jenis manusia tak peka”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak seronok, tapi kami anak-anak? - Lelaki kongsi rutin sambut raya, rumah diserbu ratusan bekas pelajar ibu

Keadaan itu membuatkan wanita berkenaan panik lebih-lebih lagi apabila semua tetamu terus masuk ke dapur dan makan hidangan yang dia hanya sediakan untuk keluarga kecilnya. 

"Suami aku buat muka. Otak aku pun dah tak berfungsi, nak masak mi ada sebungkus je sebab awal-awal cakap datang tiga orang.

"Suami aku cakap tak payah buat apa-apa. Hidangkan air je, bagi mereka makan kuih raya," katanya.

Situasi menjadi tegang apabila ibu mentuanya bertanya mengapa dia tidak menyediakan makanan untuk tetamu.

"Dia bersuara... kau tak masak ke? Semua org lapar ni. Dari pagi tadi tak makan lagi.

"Tapi suami aku terus jawab... dah kata nak datang lepas Asar. Lepas tu beritahu hanya nak datang tiga orang. Lain kali kalau nak datang ramai beritahu la awal," katanya.

Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang, wanita itu segera keluar membeli makanan siap untuk menjamu tetamu.

  • Wanita kecewa keluarga mentua datang lebih ramai tanpa makluman.
  • Dia hanya sempat sediakan makanan untuk keluarga sendiri.
  • Situasi tegang apabila mentua persoal hidangan.
  • Terpaksa beli makanan luar untuk jamu tetamu.
  • Lebih terluka apabila cerita sebenar diputar belit kepada saudara lain.

Namun, wanita itu kecewa apabila cerita berbeza disampaikan kepada saudara-mara lain, kononnya dia tidak menyediakan makanan untuk tetamu.

"Sehari selepas itu sepupu suami datang beraya, dia cakap mak mentua aku cerita dekat mak dia yang kami hanya hidangkan makanan selepas diminta.

"Apabila dengar cerita yang tak benar disebarkan, hati aku rasa sangat hancur,” luahnya yang terkesan dengan insiden itu.

Menurut wanita itu, dia bersyukur suaminya sentiasa berada di sisi walaupun ibunya menjadi punca perkara itu berlaku.

Artikel Lain