SETIAP ibu bapa pastinya mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Namun ada kalanya ketika keadaan terlalu mendesak, ia memaksa seseorang itu merendahkan ego demi kelangsungan hidup. Begitulah kisah menyentuh hati yang dikongsikan wanita ini, apabila dia terpaksa meminjam wang tabungan anak-anaknya sendiri.Anaknya menyerahkan tabung untuk dia gunakan.Menurut wanita itu situasi bertambah hiba dengan reaksi spontan anak sulungnya, seolah-olah memahami kesukaran dan masalah kewangan yang dialami."Ambillah mommy, nak duit warna apa.... mommy pakai dulu, nanti ada duit, mommy bayarlah balik."Kakak kesian kat mommy, tak ada duit," demikian kata-kata balas daripada anaknya selepas dia mengajukan tentang duit tabung.Menyedari sikap anaknya yang terlalu matang, pengadu kemudiannya berharap si kecil masih dapat menikmati kehidupan mengikut usia.Ibu terpaksa pinjam duit raya anak sebab kesempitan hidup.Anak sulung beri tanpa soal, siap tunjuk empati.Ibu sebak anak terlalu matang faham situasi.Mohon maaf, harap anak tetap nikmati zaman kanak-kanak.Netizen simpati, ada yang kongsi pengalaman sama.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah dia menzahirkan ungkapan maaf seolah-olah kesal dan terkilan kerana anak-anaknya perlu melalui situasi kehidupan yang sulit."Allahuakhbar anak, janganlah matang dari usia cepat. "Mommy nak hampa (kamu semua) enjoy the life. Mommy minta maaf," luahnya sambil menyatakan hutang dengan anak-anak kini adalah sebanyak RM400.Di ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib yang dialami selain memuji kebaikan anaknya.ARTIKEL BERKAITAN: Mahu besarkan rumah, anak dipaksa buat 'loan'! Gadis letih jadi pembayar hutang ibu - "Baru cakap tak nak, dah masam muka"ARTIKEL BERKAITAN: Anak terkilan tak mampu bagi wang belanja lebih untuk mak ayah! Bapa selalu pinjam duit... Pernah minta RM20, RM35Tidak kurang juga yang berkongsi situasi sama apabila terpaksa meminjam wang tabung anak-anak."Awak jangan risau, bukan awak seorang je yang meminjam duit anak apabila terdesak. Saya pun pinjam."Semoga mommy dimurahkan rezeki ye, tak apa, tak ada orang yang tak pernah susah."Budak-budak sekarang memang faham," demikian reaksi netizen.