suria

Pelajar simpan dendam, tak lupa cikgu label bodoh sebelum peperiksaan - “Nak rai pelajar 10A silakan, tapi jangan hina budak 10C”

Teguran kasar guru terhadap pelajar akan meninggalkan kesan emosi negatif yang mendalam rendah diri, dan trauma. -Gambar hiasan AI

SUDAH menjadi kebiasaan sejak dulu lagi, pelajar cemerlang peperiksaan akan diraikan dalam sebuah majlis khas.

Namun bagi seorang lelaki, dia beranggapan program meraikan pelajar cemerlang itu sebenarnya hari manusia menjadi palsu.

Lelaki itu berpandangan sedemikian selepas mengenangkan saat dia diraikan pada hari pengumuman keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) suatu ketika dulu.

Tumpuan sepenuhnya di dalam kelas membantu pelajar memahami subjek diajar guru. -Gambar hiasan AI

Tumpuan sepenuhnya di dalam kelas membantu pelajar memahami subjek diajar guru. -Gambar hiasan AI

"Sebelum ambil peperiksaan PMR, aku dilabel sampah dan bodoh. Tapi apabila tiba hari pengumuman keputusan, aku ada dalam senarai 10 pelajar terbaik.

"Cikgu suruh naik pentas, aku cakap tak teringin," luah lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ibu meninggal 3 hari sebelum Aidilfitri... Remaja ini menangis gembira raih keputusan SPM 8A

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak menangis, minta maaf risau keputusan biasa-biasa... Selepas disemak rupanya dapat 8A dalam SPM!

Mengenang kembali peristiwa silam, lelaki itu berkata dia sering dilabel sebagai pelajar yang tidak mempunyai masa depan. 

Malah, ada segelintir guru yang menyarankan agar dia tidak meneruskan pelajaran kerana dianggap tidak mampu berjaya.

"Ada yang cakap... buat malu mak ayah sahaja, tiada masa depan apabila dapat keputusan percubaan macam ni.

"Tiba-tiba hari ambil keputusan sebenar cikgu yang sama puji... inilah pelajar saya. Eh tiba-tiba semua baik dengan kita. Puji melambung," katanya.

Walaupun dipanggil untuk naik ke pentas untuk menerima penghargaan, dia memilih untuk menolak kerana berasa janggal dengan layanan yang dianggap tidak ikhlas.

"Cikgu panggil naik atas pentas pun aku tak mahu. Situasi tu rasa fake, hati terluka.

"Ibarat macam pilih kasih, waktu sebelum keluar keputusan, orang pandang rendah. Apabila keputusan gempak, masing-masing memanggil," katanya.

  • Lelaki imbas pengalaman dipandang rendah sebelum PMR walaupun akhirnya cemerlang.
  • Dia mendakwa layanan berubah drastik selepas diumum antara pelajar terbaik.
  • Enggan naik pentas kerana berasa penghargaan itu tidak ikhlas.
  • Luah simpati terhadap pelajar keputusan sederhana yang sering dipinggirkan.
  • Netizen turut kongsi pengalaman sama dan gesa semua pelajar diraikan.

Dalam masa sama, lelaki itu turut meluahkan rasa simpati terhadap pelajar dengan keputusan sederhana kerana dilihat sering dipinggirkan.

"Point aku kat sini, nak rai budak 10A rai la, tapi jangan pandang hina pada budak 10B atau 10C.

"Sampai mereka dilupakan, dipinggirkan... tapi raikan semua," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui berkecil hati dengan segelintir guru yang memandang rendah kepada mereka.

"Suami pernah rasa. Dia pergi beraya, cikgu cuma borak dengan pelajar yang dapat tawaran belajar je. Dia langsung cikgu tak pandang.

"Itu la realiti hidup, yang cantik, pandai semua sentiasa dapat tempat," komen warga maya.

Artikel Lain