KESEDIHAN seorang remaja yang kematian ibunya sebelum sambutan lebaran bagaikan terubat apabila dia menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Menerusi hantaran di Thread, Jamilah Ismail memaklumkan anak saudaranya yang dikenali sebagai Arissa itu meraih keputusan cemerlang 8A selepas ia diumumkan pada Selasa. "Tahniah Arissa. Ujian emak meninggal tiga hari sebelum raya baru ni. Ujian sakit kanser. Tidak sempat mak tengok keputusan SPM kakak.Keputusan SPM Arissa yang dikongsi oleh ibu saudaranya menerusi Thread."Anak suadara yang kehilangan ibu, sedih bercampur gembira apabila dapat keputusan 8A," tulis Siti Jamilah.Dalam hantaran sama, Siti Jamilah memuat naik video [Tonton Video] memaparkan Arissa menangis sambil dipeluk beberapa individu ketika menerima keputusan SPM.ARTIKEL BERKAITAN: Kejayaan adik buat rider nekad ulang SPM, impi kerja bidang ‘oil and gas’! Rupanya dah 4 kali daftar jadi calon ulanganARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun lalu acah dapat 11A, kini betul-betul jadi pelajar terbaik SPM 2021! Tapi netizen tertarik perubahan pokok di belakangDia turut berkongsi foto Arissa yang merakam swafoto di pusara ibunya.Berdasarkan slip keputusan yang dikongsi, Arissa mengambil lapan subjek iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Prinsip Perakaunan dan Perniagaan.Netizen di aplikasi Thread turut menghujani hantaran itu dengan ucapan tahniah serta mendoakan Arissa terus kuat menjalani kehidupannya."Tahniah Arissa, emak kamu mesti sangat bangga dengan keputusan ini. Jaga diri."Dia akan jadi wanita yang hebat dan berdikari suatu hari nanti. Semoga berjaya."Tahniah dik, moga jadi anak solehah cemerlang dunia akhirat," tulis netizen.