suria

Dua tahun lalu acah dapat 11A, kini betul-betul jadi pelajar terbaik SPM 2021! Tapi netizen tertarik perubahan pokok di belakang

Foto kiri diambil pada 2020 manakala kanan dirakam ketika Zaim menerima keputusan cemerlang SPM 2021 baru-baru ini.

JIKA dulu hanya 'tumpang' bergambar dengan plakad bertulis 'Tahniah 11A' milik orang lain, siapa sangka selepas dua tahun remaja ini benar-benar meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menariknya, calon SPM 2021 ini berkongsi foto dia memegang plakad 'Tahniah 11A+' miliknya sendiri yang masing-masing dirakam pada 2020 dan 2022, di lokasi sama di sekolahnya.

"Pokok kiri tu dah besar.

"Pokok belah kanan dah tak ada," demikian antara komen-komen netizen.

zaim spm 11A 1

Zaim memperoleh 11A+ bagi semua mata pelajaran.

Menurut remaja bernama Muhammad Zaim Mohamed Mohsin ini, gambar pertama dirakam oleh rakannya ketika memasuki tingkatan empat pada awal 2020.

Pada ketika itu remaja mesra disapa Zaim ini katanya, dia menemui plakad tersebut yang ditinggalkan di atas meja.

ARTIKEL BERKAITAN: Amalan baca Yasin, solat sunat jadi rahsia kejayaan anak tukang rumah peroleh 11A SPM

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah ponteng kelas, dua sahabat peroleh 9A+

"Kertas tu tulis pencapaian SPM 11A. Saya pun ambil dan minta kawan ambil gambar, acah-acah result SPM tu saya punya, tapi berharap untuk peroleh banyak A masa SPM nanti.

"Saya suka-suka je bergambar dan tak post di mana-mana media sosial. Saya simpan saja sehinggalah teringat balik sehari sebelum keputusan SPM diumumkan," katanya ketika dihubungi mStar.

zaim spm 11A 5

Zaim (dua, kanan) diumumkan sebagai pelajar yang memperoleh pencapaian tertinggi bagi SPM 2021 di sekolahnya.

Remaja berusia 18 tahun itu memberitahu, dia meletakkan sasaran untuk memperoleh keputusan A bagi semua 11 mata pelajaran yang diambilnya dalam SPM.

"Berdasarkan kemampuan masa jawab exam, saya target dapat 11A saja sebab ada beberapa subjek yang bimbang sikit seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Biologi.

"Tak sangka pula dapat 11A+," ujar Zaim yang berasal dari Cyberjaya, Selangor.

zaim spm 11A 4

Zaim (kanan) ditemani ibu pada hari pengumuman keputusan SPM 2021.

Bersyukur dengan pencapaiannya, anak sulung daripada tiga beradik itu mendedahkan bahawa terdapat kisah di sebalik pengumuman keputusan SPM 2021 di sekolahnya, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) di Klang, pada Khamis.

"Sebenarnya boleh check online pukul 10 pagi, sebab sekolah umum 11 pagi. Tapi saya tunggu dulu, mungkin sebab saya yakin dengan kemampuan dan sasaran saya.

Beza yang acah-acah dua tahun lepas tu 11A dan saya punya sendiri betul-betul adalah 11A+

ZAIM

"Cuma ada anti klimaks bila saya dan kawan jumpa cikgu untuk bagi hadiah sebelum pengumuman tu, tiba-tiba cikgu kata 'Tahniah Zaim sebab dapat 11A+'. Masa tu saya terkejut sikit dan cikgu ingatkan saya dah check online lebih awal.

"Tapi apa yang membuatkan saya terkejut ialah ketika saya diumumkan sebagai satu-satunya pelajar yang memperoleh pencapaian tertinggi di sekolah bagi SPM 2021 iaitu 11A+, manakala seramai 78 pelajar lain mendapat 11 A," tambahnya.

zaim spm 11A 6

Zaim (tiga, kanan) bersama rakan-rakan.

Perkongsian Zaim mengenai keputusan SPM di laman Twitter diulang kicau lebih 3,900 kali sejak Khamis.

Dalam pada itu, Zaim yang gemar berTikTok dan bermain permainan dalam talian turut berkongsi tip kejayaannya mencapai keputusan cemerlang dalam SPM 2021.

zaim spm 11A 7

Zaim meminati bidang kejuruteraan.

"Yang penting jangan last minute belajar. Ada benda yang boleh last minute dan ada yang tidak boleh terutama yang memerlukan konsep dan latihan.

"Apabila cikgu beri latihan, rajinkan diri untuk buat semua. Kalau bukan tahu soalan-soalan, cikgu tu pasti ada instinct fasal contoh-contoh soalan yang bakal keluar dalam exam.

"Selain itu, cari buku atau modul pelajaran yang bagus-bagus. Kawanlah atau dekati mereka yang boleh beri motivasi kepada kita, selalu suruh kita belajar atau yang tolong kita bila kita tak tahu dalam sesuatu mata pelajaran," katanya yang meminati bidang kejuruteraan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain