suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sangka comel-comel si bulus pun simpan parasit... Ini bahayanya kepada mata manusia!

Ramai tak tahu kucing kesayangan mempunyai risiko kesihatan kepada manusia. -Gambar hiasan AI

BAGI pemilik kucing peliharaan, momen bermain dan bermanja dengan si bulus sememangnya menjadi rutin paling menceriakan. 

Malah, perbuatan mencium dan memeluk kucing kesayangan sudah dianggap sebagai satu kebiasaan untuk meluahkan rasa sayang.

Sekilas pandang, perbuatan itu kelihatan tidak berbahaya. 

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa tabiat tersebut sebenarnya membawa risiko kesihatan jika dipandang remeh? 

Walaupun jarang mengancam nyawa, adalah lebih baik jika kita mengambil langkah berhati-hati dan pencegahan awal ketika meluangkan masa bersama mereka.

Ancaman bakteria dan parasit di sebalik bulu gebu

Antara risiko utama yang sering dikaitkan dengan kucing ialah ancaman jangkitan bakteria di dalam rongga mulutnya. 

Contoh yang paling terkenal ialah penyakit cakar kucing (cat scratch disease) yang mana gigitan atau cakarannya boleh menyebabkan kulit bengkak serta demam.

Selain itu, satu lagi ancaman yang sering menjadi kebimbangan ramai adalah jangkitan toksoplasmosis yang berpunca daripada parasit Toxoplasma gondii (T. gondii). 

Secara asasnya, parasit ini boleh membiak dalam usus kucing dan disebarkan melalui najisnya. 

Jangkitan ini memerlukan perhatian serius, terutamanya bagi golongan ibu mengandung kerana ia berisiko memberikan kesan buruk kepada kesihatan bayi dalam kandungan jika kebersihan najis kucing terabai.

Kesan jangkitan dan risiko pada mata

Apabila T. gondii memasuki badan manusia, ia akan membiak, berubah bentuk, dan merebak secara sistemik ke dalam tisu serta organ, seterusnya menyebabkan kerosakan tisu secara setempat. 

Dalam sesetengah kes, parasit ini boleh kekal di dalam badan untuk jangka masa lama tanpa menunjukkan sebahagian simptom dengan mata merupakan salah satu organ yang mudah dijangkiti.

Simptom jangkitan ini bergantung pada bahagian mata yang terjejas serta tahap imuniti badan individu. Antara tanda klinikal boleh dikenal pasti termasuklah:

Radang dan gangguan penglihatan: Pesakit mula mengadu penglihatan kabur, mata merah, serta sakit.

Kerosakan retina dan saraf mata: Kemampuan melihat pesakit akan terjejas dengan lebih teruk sekiranya bahagian ini mula dijangkiti.

Risiko kepada anak dalam kandungan: Ibu mengandung yang dijangkiti berpotensi memindahkan jangkitan kepada bayi, di mana sebahagian besar kes menunjukkan kedua-dua mata bayi turut terjejas.

Tanda klinikal lain: Antara tanda lain pada mata ialah juling, katarak, selaput kanta mata, Nystagmus (bola mata bergerak sendiri tanpa dikawal), dan Microphthalmia (saiz bola mata serta strukturnya lebih kecil dan abnormal).

Cara pencegahan dan penjagaan

Meskipun risiko yang dikongsikan di atas wujud, pemilik kucing peliharaan tidak perlu terlalu panik atau cemas.

Ini kerana risiko untuk terdedah kepada penyakit ini adalah sangat rendah jika kucing kesayangan anda sentiasa dijaga di dalam rumah, lengkap menerima suntikan vaksin, serta kerap mendapatkan penjagaan bulu dan kebersihan (grooming).

Selain itu, pemilik kucing disaran membersihkan bekas buangan kucing setiap hari. 

Ini kerana T. gondii berada dalam keadaan tidak aktif dan tidak berbahaya dalam tempoh 5 hari pertama selepas ia dikeluarkan bersama najis kucing.

Bagi ibu mengandung yang membela kucing, anda dinasihatkan agar mengelakkan diri daripada mengendalikan proses pembersihan bekas buangan najis kucing.

Walau bagaimanapun, jika tiada pilihan lain, pastikan anda memakai sarung tangan perlindungan dan sentiasa membasuh tangan menggunakan air serta sabun sejurus selepas selesai.

Artikel Lain