suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bukan ahli politik pun“ - Yusuf Bahrin terbiasa dipanggil YB, singkatan nama sendiri sejak dulu

Yusuf dedah asal usul panggilan YB.

SELESA dengan gelaran YB yang merujuk kepada singkatan namanya, pelakon Yusuf Bahrin tidak menolak andai dirinya menceburi bidang politik suatu hari nanti.

Yusuf, 34, berkata dia memang meminati politik kerana bidang itu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat serta menentukan kestabilan sesebuah negara.

“Insya-Allah, minat juga dalam politik. Politik ini dekat dengan masyarakat dan sangat penting dalam menentukan kestabilan sesebuah negara.

Yusuf sudah lama tunjuk minat pada politik.

“Kita perlukan kestabilan. Bagi saya, kita ada pilihan masing-masing. Berikan pandangan yang baik, jangan buat fitnah atau sebarkan kebencian dalam media sosial atau di pentas ucapan,” katanya.

Yusuf turut berpendapat masyarakat perlu mengelakkan budaya menyebarkan kebencian kerana perihal itu boleh membawa kesan buruk sekiranya dibiarkan berterusan.

“Kita perlukan pemimpin yang menyebarkan kasih sayang, bukan kebencian. Kita gunakan akal fikiran untuk menilai secara rasional,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana dan keluarga Yusuf Bahrin masih baik tapi... “Dengan bekas suami memang terus putus“

ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Bahrin selesa menduda, tak sedia kahwin lagi

Bagaimanapun, pelakon itu menjelaskan dia masih belum menerima sebarang tawaran daripada mana-mana parti politik untuk menyertai bidang tersebut.

Mengulas mengenai kecenderungannya menunjukkan sokongan terhadap politik secara terbuka, Yusuf berkata dia lebih berhati-hati kerana menyedari setiap individu mempunyai pandangan berbeza.

Jelasnya, dia tidak mahu menimbulkan permusuhan dan kini hanya membantu rakan-rakan yang memerlukan sokongan tanpa mengira fahaman politik.

Tak adalah, bukan ahli politik pun.

YUSUF BAHRIN

PELAKON

“Ada ketikanya saya tunjuk secara terbuka, tetapi secara on and off sahaja. Tak boleh tunjuk sangat sebab orang memerhati dan ada yang mempunyai sudut pandang berbeza.

“Saya pun tak nak cari musuh, jadi saya kawal dan perlahankan sedikit. Sekarang pun saya tak terlibat secara langsung, cuma sekadar tolong kawan-kawan jika diminta tanpa mengira mana-mana parti,” katanya.

Mengulas lebih lanjut mengenai gelaran YB, Yusuf berkata ia bukanlah merujuk kepada Yang Berhormat, sebaliknya merupakan singkatan namanya sendiri.

Yusuf selesa dengan panggilan YB.

Katanya, gelaran itu sudah lama digunakan oleh rakan-rakan rapat sehingga menjadi panggilan yang melekat dalam kalangan orang sekelilingnya.

“Bukan kita seronok dipanggil YB atau apa. Nama saya Yusof Bahrin. Jadi, kawan-kawan yang rapat kebanyakan panggil YB sebagai singkatan.

“Lama-lama melekatlah YB itu. Orang ingat YB Yang Berhormat atau orang politik. Tak adalah, bukan ahli politik pun,” kongsinya.

Artikel Lain