suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zizi Kirana dan keluarga Yusuf Bahrin masih baik tapi... “dengan bekas suami memang terus putus“

Zizi jaga hubungan baik dengan keluarga Yusuf.

PENYANYI Zizi Kirana masih mengekalkan hubungan baik dengan keluarga bekas suaminya, pelakon Yusuf Bahrin, walaupun mereka sudah berpisah sejak April lalu.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, berkata silaturahim dengan keluarga mentuanya tidak harus terputus hanya kerana rumah tangganya dan Yusuf berakhir.

“Saya dengan bekas suami memang sudah tidak berhubung, memang terus cut-off (putus). Tetapi dengan keluarga dia, mak, abah, adik ipar dan makcik-makciknya, Alhamdulillah sampai sekarang masih berhubung.

Zizi berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Mak, ayah dan adik ipar saya pun baik. Jadi saya rasa benda itu tak patut untuk saya putuskan, hubungan itu, silaturahim itu.

“Malah, bekas mak mentua saya sendiri selalu cakap semoga ukhuwah kita berkekalan ke jannah,” katanya ketika ditemui pada pelancaran lagu Yang Tinggal di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Menurut Zizi, keluarga bekas suaminya masih mengambil berat tentang dirinya dan sering menziarahinya di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak janda, Zizi Kirana terima DM gambar lucah... ada wanita ajak bermadu

ARTIKEL BERKAITAN: Perceraian ajar Zizi Kirana erti melepaskan

“Baru-baru ini mereka datang ziarah saya ke rumah. Mak dia datang dengan adik ipar saya, bawakan asam pedas, kerepek dan kuih, Masya-Allah.

“Inilah orang kata bahagia yang walaupun nampak macam biasa tetapi ini menyenangkan saya. Saya tak perlu bermusuh kerana saya rasa saya ada mak dengan abah, orang yang sangat saya hormati,” ujarnya.

Tambah Zizi, hubungan rapat dengan bekas bapa mentuanya turut memberi makna besar dalam hidupnya, terutama selepas mereka menunaikan umrah bersama-sama pada 2025.

Inilah orang kata bahagia yang walaupun nampak macam biasa tetapi ini menyenangkan saya.

ZIZI KIRANA

PENYANYI

“Saya sendiri tak pernah ada hubungan yang rapat dengan bapa sendiri. Jadi bila saya dapat abah, kami pergi umrah sama-sama pada 2025, itu adalah momen yang sangat berharga untuk saya simpan sampai bila-bila.

“Kami juga satu bilik ketika umrah. Jadi saya rasa walaupun Allah bagi kami berpisah, saya dengan Yusuf, tetapi Allah bagi saya kehadiran seorang ayah. Selama-lamanya tak akan terputus,” katanya.

Dalam pada itu, Zizi mengakui dia dan Yusuf beberapa kali terserempak di majlis yang sama memandangkan mereka berkongsi ramai kenalan.

Zizi dan Yusuf berpisah pada April lalu. 

Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak saling bertegur sapa apabila bertemu bekas suaminya itu.

“Kalau terserempak di majlis, ada sahaja. Sebab kawan-kawan dia adalah kawan-kawan saya juga. Kalau terserempak pun kawan-kawan akan tanya, ‘Zizi nanti dia ada, Zizi okey ke?’ Saya jawab saya okey sahaja.

“Saya rasa ada sekali dua terserempak dalam satu tempat yang sama. Masa itu saya rasa dah tak ada apa-apa perasaan, rasa janggal pun tak ada.

“Orang Aquarius ini kalau dah putuskan hubungan, memang terus putus. Kalau terserempak pun, Insya-Allah maksudnya saya memang dah lupakan semuanya,” jelasnya.

Untuk rekod, Zizi dan Yusuf, 34, mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam pada April lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain