suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sejak janda, Zizi Kirana terima DM gambar lucah... ada wanita ajak bermadu

Zizi masih belum terfikir untuk mencari pengganti.

PENYANYI Zizi Kirana mendedahkan dia menerima pelbagai mesej peribadi (DM) yang pelik di media sosial selepas kembali solo susulan perceraian dengan pelakon Yusuf Baharin.

Menurut Zizi, antara mesej yang diterima termasuklah daripada individu yang cuba berkenalan, menghantar gambar lucah, malah ada wanita yang mengajaknya menjadi isteri kepada suaminya.

“Buat masa ini saya tidak ada mengenali hati budi mana-mana lelaki. Saya rasa seperti dah kembali ke zaman dahulu, di mana saya menerima mesej yang aneh-aneh di media sosial. 

Zizi pernah ditawarkan untuk menjadi isteri kedua.

“Ada yang cuba nak berkenalan, ada yang hantar gambar tak senonoh, ada juga saya dapat DM yang kata suaminya nak dengan saya. 

“Saya macam pelik, kenapa ni tapi saya abaikan saja sebab biasalah dari dulu lagi memang pernah dapat mesej yang bukan-bukan. Sekarang ini saya hanya nak menyanyi, cari duit. Tak perlu nak layan perkara-perkara remeh seperti itu,” katanya kepada mStar

Ditanya sama ada dia terbuka untuk menjadi isteri kedua atau bermadu, Zizi dengan tegas berkata perkara itu tidak pernah terlintas dalam fikirannya kerana kini mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap kerjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perceraian ajar Zizi Kirana erti melepaskan

ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Bahrin, Zizi Kirana sah cerai talak satu

“Saya tak mahu, mana boleh. Dalam kepala saya memang tak fikir fasal cari jodoh kerana mahu kembali fokus untuk berkarya. 

“Saya tak boleh nak kata sudah menutup pintu hati kerana hati ini Allah yang pegang. 

“Setiap hari saya berdoa ya Allah Engkaulah yang memegang hati ini, Engkau saja yang tahu apa yang terbaik,” ujarnya.

Mengulas soal mencari pasangan baharu, Zizi berkata dia tidak menganggap dirinya trauma dengan apa yang berlaku dalam rumah tangga sebelum ini, sebaliknya memilih untuk reda dengan ketentuan Allah.

Zizi kini bahagia hidup sendiri.

“Saya bukan trauma tetapi perkara yang berlalu biarkan berlalu. Jangan patah balik.

“Kalau nak kata berhati-hati cari psangan, memanglah perlu tapi apa pun saya memang tak terfikir lagi untuk mencari pengganti,” katanya.

Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan sah bercerai pada 2 April lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain