PENYAMPAI radio dan pelakon, Azad Jazmin menyifatkan kecaman yang diterima anaknya, Ammara Sofea Rose, 13, sebagai satu perkara yang akhirnya membawa hikmah apabila bakat anaknya itu mendapat perhatian sehingga ke Indonesia.Azad atau Azad Jazmin John Louis Jefri, 50, berkata walaupun pahit untuk dilalui seorang kanak-kanak seusia Ammara, dia bersyukur kontroversi tersebut secara tidak langsung membuka peluang lebih besar buat anaknya dalam bidang seni. "Okaylah kalau dia kena kecam sampai dapat tawaran persembahan di Indonesia. Lagu Ammara pun secara tidak langsung sampai ke sana (Indonesia) kerana netizen sendiri yang buat perbandingan. Azad (kanan) dan isteri, Eira Syazira sentiasa memberi sokongan terhadap minat anak-anak.“Dua minggu lalu Eira dan Ammara dah ke sana untuk sesi temu bual. Insya-Allah untuk Hari Kemerdekaan Indonesia nanti dia akan buat persembahan pula di Indosiar. "Bagi saya apa yang berlaku ini ada hikmahnya walaupun pahit untuk budak umur 13 tahun telan,” katanya kepada mStar. Azad berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu KITA sempena Sambutan Hari Kebangsaan di Astro, Bukit Jalil pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Eira Syazira ambil berkat doa Hari Arafah, mohon kecaman terhadap anak diganti kejayaan luar biasaARTIKEL BERKAITAN: Netizen komen Amarra Sofea patut tersingkir, Eira Syazira pertahan anak… Beri ruang untuk belajarDalam pada itu, Azad menyifatkan Ammara yang juga merupakan bekas peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) sebagai seorang anak yang matang dan kuat dalam menghadapi kecaman biarpun masih di usia muda."Bagi saya Ammara ini sangat matang. Dia sangat kuat kerana daripada kecil sudah melihat bagaimana mak dan ayahnya bekerja. "Dia tengok orang puji mak ayah dia, dan dia juga lihat macam mana mak ayahnya dicaci (kecam). Jadi dia belajar. "Walaupun dalam usia muda, saya rasa dia matang untuk melalui semua ini," ujarnya. Okaylah kalau dia kena kecam sampai dapat tawaran persembahan di Indonesia.AZAD JAZMINPENYAMPAI RADIOSementara itu, Azad berkata, pihak pengurusan Ammara kini sedang berbincang dengan kumpulan wanita Indonesia, No Na mengenai kemungkinan untuk mengadakan kolaborasi pada masa akan datang."Setakat ini mereka belum berjumpa. Pihak pengurusan kami masih berhubung melalui e-mel. Semuanya bermula daripada kecaman netizen inilah, tetapi bila lihat Ammara, mereka terkejut yang rupanya hanya kanak-kanak berumur 13 tahun. “Mungkin akan ada kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia, Ammara dengan No Na, kita tak tahu,” katanya.Ammara tampil dengan single pertama berjudul Slay.Sebelum ini, single terbaharu Ammara berjudul Slay mendapat perhatian netizen Indonesia selepas dibandingkan dengan lagu Rollerblade nyanyian No Na.Perdebatan itu bermula menerusi komen warganet di TikTok yang menyifatkan Slay lebih menarik berbanding Rollerblade.Komen berkenaan kemudiannya mencetuskan perbandingan antara kedua-dua karya dari Malaysia dan Indonesia itu sehingga perbincangan semakin meluas di media sosial.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube