VIDEO tular seorang lelaki tidak dikenali yang secara tiba-tiba meluahkan rasa marah terhadap seorang wanita bernama Suhaila Arshad pada acara promosi lagu terbaharu Syafiq Farhain menyebabkan penyanyi itu mahu mencari semula lelaki berkenaan.Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim, 32, percaya bahawa individu berkenaan merupakan mangsa kekecewaan cinta dan berhasrat mahu bertemunya bagi memberikan sokongan moral. Menurutnya, kejadian itu berlaku secara spontan sejurus selepas dia selesai menyanyikan lagu terbaharu bertajuk Cerita Luka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.Lelaki berkenaan meluahkan rasa sedih semasa persembahan Syafiq di Bukit Bintang. "Selepas habis busking, saya tidak sempat untuk jumpa dia nak tolong mana yang patut. Jadi, kali ini saya hendak cari dia untuk beri kata-kata semangat. "Dia cakap yang Suhaila Binti Arshad, kau memang perempuan sial itu selepas saya habis menyanyikan lagu baharu bertajuk Cerita Luka. Memang muka dia Nampak betul-betul marah sebab menjadi mangsa dikhianati cinta," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Syafiq menepis keras tuduhan segelintir netizen yang mendakwa insiden berkenaan hanyalah gimik yang dirancang awal demi melariskan single terbaharunya.Jelasnya, niat asalnya turun ke lokasi berkenaan adalah untuk membuat persembahan dan menemu bual orang ramai secara santai.ARTIKEL BERKAITAN: “Ini permulaan perancangan seni selepas ini“ - Syafiq Farhain keluar lagu baharu selepas dua tahun rehatARTIKEL BERKAITAN: Masih belum berhubung dengan keluarga tiri, Syafiq Farhain tak simpan dendam"Eh, tidaklah. Niat saya busking dekat Bintang Bintang itu memang nak promosikan lagu baharu. Selepas itu, saya temu bual orang dan abang itu terus cakap seperti itu. "Itu bukan gimik atau dalam perancangan kami, hanya promosi lagu biasa dengan hasrat orang ramai mendengar lagu kita. Bila tengok balik maklum balas di ruangan komen, ramai lelaki yang beri sokongan padanya."Lelaki bila kecewa dan marah, itulah jawapannya," jelasnya.Syafiq turut mendedahkan akaun media sosialnya diserbu oleh beberapa wanita yang mengakui namanya Suhaila sejurus video berkenaan tular.Syafiq mempromosikan lagu terbaharunya. Jelas Syafiq, wanita berkenaan menghantar mesej meminta agar video perkongsian itu diturunkan serta-merta kerana telah menimbulkan rasa kurang selesa."Ada individu bernama Suhaila mesej saya minta padam hantaran yang dibuat. Katanya mereka menerima banyak kecaman sebab mempunyai nama yang sama," ujarnya. Sebelum ini, hantaran video Syafiq di TikTok tular apabila ada seorang individu yang tidak dikenali meluahkan rasa marah terhadap seorang wanita bernama Suhaila Arshad.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube