suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masih belum berhubung dengan keluarga tiri, Syafiq Farhain tak simpan dendam

PENYANYI Syafiq Farhain memberitahu dia terbuka untuk berjumpa dengan keluarga tiri bagi menjernihkan semula hubungan yang sudah lama dingin.

Menurut Syafiq, dia tidak menyimpan perasaan dendam, sebaliknya memilih untuk meneruskan kehidupan dengan tenang dan bahagia.

“Kalau daripada pihak saya memang okay sahaja sebab saya neutral. Saya tak ada masalah pun kalau nak berjumpa atau berbaik.

“Cuma saya tak pastilah daripada pihak sana macam mana okay ke tidak,” katanya.

Syafiq bagaimanapun memberitahu komunikasi antara mereka agak terbatas memandangkan mereka sudah jarang berhubung. 

Meskipun tiada komunikasi antara mereka, namun dia masih mengambil tahu perkembangan keluarga tirinya melalui pihak ketiga.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi