suria

“Daddy, kaki Matin dah berdarah” – Shuib panik anak cedera terkena parang, kena lima jahitan

PELAWAK dan usahawan, Shuib berkongsi detik cemas apabila anak ketiganya, Ariq Matin mengalami kecederaan selepas terkena parang sehingga terpaksa menerima lima jahitan.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 42, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba pada waktu senja ketika dia sedang melakukan kerja di rumah sebelum anaknya mengambil parang yang diletakkan di tepi.

“Saya baru beli parang, lepas guna saya letak tepi. Tiba-tiba Matin datang ambil parang itu. Saya dah tegur supaya jangan main.

“Dia jawab bukan nak potong apa-apa, katanya nak potong pokok kelapa. Lepas dia potong, tak sampai lima saat, dia datang cakap, ‘daddy, kaki Matin dah berdarah’.

“Masa itu memang panik, luka dia agak besar juga,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shuib turut mengakui Matin merupakan antara anak yang lasak berbanding tiga beradik lain.

“Dia ini lain sikit daripada adik-beradiknya, tapi tak mengapa sebab dialah penyeri,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi