suria

Ubai sambut Aidilfitri di China, ikut Shila Amzah bekerja

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri buat personaliti media sosial Ubai dijangka sedikit berbeza tahun ini apabila dia bakal menyambut Syawal di Shanghai, China.

Menurut Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 28, keputusan untuk berada di sana dibuat berikutan komitmen kerjaya isterinya, penyanyi Shila Amzah, yang dijadualkan mengadakan konsert pada 21 Mac ini.

"Raya tahun ini kami sekeluarga akan terbang ke China dua hari sebelum Aidilfitri.

"Hari raya ketiga atau keempat baru kami pulang ke Malaysia untuk sambut dengan keluarga di sini pula," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Ubai berkata persiapan Aidilfitri mereka tahun ini dilakukan secara sederhana selain membeli keperluan secara dalam talian.

Malah, Ubai turut berkongsi hasrat untuk meluangkan sedikit masa menikmati suasana menjelang Aidilfitri di Malaysia sebelum berlepas ke China.

"Persiapan baju raya, saya pakai apa  sahaja yang ada. Shila pun beli baju secara dalam talian. Nak keluar pun masing-masing sibuk, jadi beli online lebih senang.

"Sebelum ke China, mungkin saya nak keluar merempit lihat suasana meriah sambutan Syawal," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi