suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jaga silaturahim, buang ego rahsia De Fam kekal 11 tahun

SELEPAS 11 tahun mewarnai industri hiburan, kumpulan De Fam mengakui sikap saling bertolak ansur dan merendahkan ego masing-masing menjadi rahsia mereka kekal bersama sehingga hari ini.

Salah seorang anggotanya, Cik Manggis berkata, sepanjang tempoh itu mereka tidak terlepas daripada berdepan perselisihan faham, namun memilih untuk mengutamakan persahabatan berbanding mempertahankan ego sendiri.

“Tipulah kalau dalam kumpulan tak pernah ada salah faham atau berbeza pendapat. Dengan keluarga sendiri pun kadang-kadang boleh bertekak.

“Tapi sebab persahabatan kami kuat, akhirnya kami pilih untuk jaga hubungan itu,” katanya.

Tambah Cik Manggis, hubungan antara mereka juga sudah seperti adik-beradik kerana setiap anggota mempunyai peranan tersendiri dalam kumpulan tersebut.

Menurutnya, sikap saling menghormati selain komunikasi yang baik menjadi faktor utama De Fam mampu bertahan lebih sedekad dalam industri seni tanah air.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi