suria

Floor 88 intai pasaran Jepun, dedah pernah ditawar label Indonesia

KUMPULAN Floor 88merancang untuk melebarkan sayap ke luar negara apabila memilih Jepun sebagai antara pasaran muzik yang ingin mereka cuba pada masa akan datang.

Menurut vokalisnya, Ayie, pengalaman bekerjasama dengan artis Jepun sebelum ini membuatkan mereka yakin kehadiran Floor 88 boleh diterima oleh peminat di negara tersebut.

“Kalau kata nak ke luar negara buat persembahan, siapa yang tak nak, tapi buat masa sekarang kami lebih banyak buat persembahan di Singapura.

“Sebelum ini kami pernah buat persembahan di India dan selepas ini kami memang ada perancangan untuk cuba pasaran muzik di Jepun pula.

“Kami pilih Jepun sebab pernah berkolaborasi dengan artis dari sana dan Alhamdulillah dapat sambutan yang baik,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ayie turut mendedahkan Floor 88 pernah menerima tawaran daripada sebuah label muzik di Indonesia, namun terpaksa menolak kerana komitmen yang memerlukan mereka berada lama di negara tersebut.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jadual kerja kumpulan yang padat di Malaysia.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi