suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seniman tidak kompromi, lucut keahlian pelakon wanita selepas didapati bersalah

PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi memberi amaran keras serta  tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan keahlian sekiranya pelakon ditahan itu didapati terlibat dalam beberapa kes jenayah.

Menurut Zed atau Rozaidi Rozaidi Abdul Jamil,  Seniman memandang serius isu berkenaan kerana didakwa sudah menjejaskan dan memberi imej buruk kepada industri seni tanah air.

“Kita tidak akan berkompromi dalam hal jenayah. Jika artis itu adalah ahli Seniman dan selepas melalui proses mahkamah dia didapati bersalah, kita boleh mengambil tindakan tegas termasuk menggantung atau melucutkan keahliannya

“Kita perlu beri ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan. Kita tunggu sehingga semua proses termasuk rayuan selesai, selepas itu barulah jawatankuasa disiplin Seniman akan menentukan tindakan yang sewajarnya,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Zed turut menasihatkan golongan artis terutama bakat muda agar tidak terjebak dengan kegiatan jenayah kerana boleh memberi kesan besar kepada kerjaya mereka.

“Selalunya apabila ada kes melibatkan artis, pihak media atau pihak berkuasa akan hubungi Seniman untuk sahkan sama ada individu itu ahli atau tidak.

“Sebab itu saya ingin ingatkan semua artis supaya menjaga tingkah laku kerana apa sahaja yang berlaku akhirnya akan memberi kesan kepada industri seni,” luahnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi