PENYANYI dan pelakon Amira Othman menegaskan kenyataannya yang meminta 'haters' untuk keluar daripada sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini hanyalah sekadar gurauan.Amira atau Nadia Amira Othman, 33, berkata dia tidak menyangka gurauan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selepas klip video berkenaan tular di media sosial. Kata Amira, situasi diserang netizen ketika membuat siaran langsung bukanlah perkara baharu, malah dia sudah biasa menerima pelbagai kata-kata kesat daripada individu tidak bertanggungjawab."Isu live itu saya sebenarnya hanya bergurau. Banyak kali saya gurau seperti itu tetapi tak tahu kenapa kali ini orang komen. Amira sabar dalam menghadapi ujian sebagai anak seni."Sebenarnya bukan pertama kali mereka 'serang' sewaktu saya buat live di TikTok. Macam-macam mereka cakap sundal ada, bodoh... Nak sebut pun tak tergamak. "Saya pun tak pernah respons. Kalau moderator nampak memang akan terus block," katanya kepada mStar. Amira berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran muzik video Bincang Raya yang diadakan di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur pada Isnin. Dalam pada itu, Amira menyifatkan isu buli siber semakin melampau dan tidak sepatutnya dinormalisasikan walaupun pelakunya menggunakan akaun palsu.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amira Othman nafi babak ‘hamil’ dalam MV Bincang Raya petanda berbadan duaARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin tegur komen negatif ketika ‘live’, minta hormati usaha cari rezeki"Saya rasa buli siber ini sudah melampau. Tak semestinya saya diam, saya boleh dibuli. "Ini (kecaman) adalah perkara yang tidak baik meskipun mereka menggunakan akaun palsu. "Walaupun sebagai public figure, kita pun manusia biasa. Kalau boleh berpada-padalah dalam bercakap sebab kita pun ada keturunan," ujarnya. Mengulas punca dirinya sering menerima kecaman, Amira mengakui dia sendiri tidak pasti mengapa isu-isu lama sering dibangkitkan oleh segelintir pihak. Macam-macam mereka cakap sundal ada, bodoh... Nak sebut pun tak tergamak.AMIRA OTHMANPENYANYI & PELAKON"Saya tidak tahu kenapa benda-benda ini dibangkitkan. Adatlah menjadi anak seni ini ada yang suka dan tidak. "Bagi saya kalau orang dah tak suka pusing macam mana pun mereka tetap tidak akan pernah suka. "Saya tak mahu beri perhatian kepada perkara negatif kerana ia hanya akan memeningkan kepala. Saya ada banyak lagi benda nak buat," jelasnya. Tambah Amira, dia memilih untuk tidak memberi perhatian kepada perkara negatif kerana mahu terus fokus terhadap kerjaya dan perkara lebih penting. "Saya tidaklah terkilan tapi bukan senang jadi saya. Apa pun yang saya cakap kadang orang hanya baca tajuk berita dan klip video tular itu pun orang potong dari sesi siaran langsung yang saya buat. Amira sering menerima kecaman di media sosial."Saya tidak boleh kawal ini semua. Selagi masih ada dalam industri, itulah perkara yang perlu saya akur. "Cuma saya nak pesan berhati-hatilah dalam percakapan. Negara kita bukannya tiada undang-undang. Nak tegur tak ada masalah tapi tegurlah dengan ayat paling baik," katanya. Sebelum ini, Amira mempersoalkan tindakan ‘haters’ yang masih berada dalam sesi siaran langsung TikTok walaupun tidak menyukai dirinya dan suaminya, pelakon Fattah Amin.Fattah kemudian tampil bersuara dengan meminta individu yang ingin meninggalkan komen negatif supaya keluar sahaja daripada sesi siaran langsung tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube