PENYANYI dan pelakon Amira Othman menafikan dakwaan kononnya babak memaparkan dirinya sedang hamil dalam video muzik lagu Bincang Raya merupakan petunjuk dia kini berbadan dua.Amira atau Nadia Amira Othman, 33, menjelaskan babak tersebut sekadar elemen jalan cerita yang dirancang bagi menambah kejutan dalam video muzik lagu berkenaan. Kata Amira, sejak awal perkahwinannya lagi dia sering menerima komen daripada orang ramai yang mendakwa kelihatan seperti mempunyai ‘baby bump’. Amira akan kongsi sekiranya dia disahkan hamil. “Babak tu tak ada kena mengena (hamil). Saya pun tanya suami kenapa buat macam tu. “Kami cuma nak buat babak plot twist sikit. Tak ada bagi hint apa-apa pun. “Daripada awal lagi saya kahwin memang orang cakap nampak baby bump. Kalau memang benar kami akan kongsikan (berita kehamilan),” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman minta ruang kongsi dakwaan berbadan dua… “Meskipun jadi ‘public figure’ kita pun ada kehidupan macam orang lain” ARTIKEL BERKAITAN: Fesyen disamakan dengan terung, Amira Othman sukar puaskan hati semua pihak Amira berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran muzik video Bincang Raya yang diadakan di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur pada Isnin. Dalam pada itu, Amira memberitahu sekiranya ada berita gembira tentang kehamilannya, dia dan suami, aktor Fattah Amin tidak akan teragak-agak untuk berkongsi dengan peminat.“Insya-Allah kalau ada perkara baik, waktu yang baik dan bersesuaian kita akan kongsikan.Ramai yang mendoakan Amira dan Fattah segera dikurniakan cahaya mata. “Setiap kali kita nak kongsi apa-apa sudah tentu kami fikirkan tentang keluarga dan nasihat-nasihat orang-orang alim ulama. “Lagipun bukan kita nak sembunyikan apa-apa cuma bergantung kepada keadaanlah,” ujarnya. Video muzik Bincang Raya mula ditayangkan secara rasmi pada jam 7 malam Isnin di saluran YouTube.Untuk rekod, Amira mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 14 September tahun lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube