PELAKON dan pelawak Sathia dikejarkan ke zon kuning Hospital Ampang kira-kira pukul 1.30 pagi Isnin selepas keadaanya dilaporkan kurang stabil.Anak perempuannya, Amani, 37, berkata keadaan bapanya yang lemah selain kaki kanan yang bengkak menyebabkan mereka mengambil keputusan membawanya mendapatkan rawatan segera. Menurut Amani, kejadian bermula apabila Sathia terjatuh di rumah pada Jumaat lalu ketika cuba untuk bangun tanpa bantuan.Sathia dikejarkan hospital selepas terjatuh.“Jumaat lepas ayah terjatuh. Dia tak perasan kaki kirinya sudah tiada ketika cuba bangun. Selepas itu kaki kanan dia terhentak pada meja sebelum jatuh ke lantai. "Memandangkan ayah pernah potong kaki, jadi berlaku pendarahan dan ada hantar ayah pergi klinik. Namun bila pulang ke rumah dia mengadu pening-pening dan muntah-muntah."Dia juga tidak mahu makan dan minum menyebabkan kaki kanannya mengalami bengkak macam ‘kaki gajah’. Itu yang kami bawa ke hospital," katanya ketika dihubungi mStar.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak ramai pelakon berbangsa India, Sathia masih setia berlakon... “Ini macam pun masih lakulah”ARTIKEL BERKAITAN: Sathia terima banyak tawaran lakonan walau tiada kaki... Janji ada muka boleh bercakapBerkongsi perkembangan terkini, Amani memaklumkan keadaan bapanya masih belum stabil dan mereka sekeluarga masih menanti keputusan ujian darah bagi rawatan lanjut.Kata Amani, doktor juga memaklumkan kaki kanan Sathia berada dalam keadaan kurang baik dan berkemungkinan memerlukan pembedahan."Mereka syak ayah kena serangan kuman semula, tapi tak pasti jangkitan itu sampai mana dan kami masih menunggu keputusan ujian darah.Sathia dilaporkan dalam keadaan tidak stabil."Buat masa sekarang keadaan ayah pun tak berapa nak stabil, kita cakap satu dia cakap satu. "Doktor pun cakap kaki kanan dalam keadaan tidak berapa baik dan kemungkinan terpaksa jalani pembedahan," kongsinya.Pada September tahun lalu, Sathia, 62, reda dengan segala ujian yang menimpa dirinya selepas kaki kirinya terpaksa dipotong hingga paras lutut akibat jangkitan kuman. Kata Sathia, dia tidak berasa sedih dengan apa yang terjadi, sebaliknya kekal positif dan gembira.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube