PELAWAK veteran Sathia mendedahkan masih menerima tawaran lakonan meskipun kaki kirinya telah dipotong akibat jangkitan kuman pada September lalu.
Sathia atau Sathia Periasamy, 61, berkata dia terharu dengan sokongan yang diterima oleh rakan-rakan industri dan peminat itu.
“Keadaan saya sangat bagus sekarang ni dan sangat gembira sebab banyak dapat tawaran berlakon, ada filem dan drama juga.
“Pihak produksi tidak kisah walaupun saya sudah tiada kaki kerana mereka (pihak produksi) cuma mahukan wajah saya untuk menghiburkan semua peminat.
“Ramai yang tolong saya dan syukur sebab yang tolong tu semua kawan-kawan juga,” katanya kepada mStar.
Untuk rekod, Sathia pernah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tahun lalu selepas diserang angin ahmar sehingga menyebabkan pergerakannya menjadi agak terbatas selain disahkan menghidap darah tinggi sejak beberapa tahun lalu.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































