suria

Lama tak muncul di TV, peminat minta Mawi sertai GV... “Saya banyak benda nak buat”

PENYANYI Mawi masih belum terfikir untuk menyertai program nyanyian Gegar Vaganza (GV) meskipun menerima banyak permintaan daripada peminat untuk kembali bertanding.

Kata Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 44, buat masa ini dia tidak mampu memberikan komitmen penuh memandangkan masih banyak urusan lain yang perlu diutamakan.

“Saya sebenarnya sudah lama tidak menyanyi di televisyen, sudah hampir 11 tahun sebab sekarang ini hanya fokus kepada pengacaraan.

“Sebenarnya memang ada tawaran untuk masuk ke Gegar Vaganza sebelum ini, tetapi saya tidak boleh beri komitmen sebab kita tahu pertandingan ini kena bagi komitmen sepenuhnya.

“Saya ada banyak lagi benda yang nak kena buat. Sebab itulah saya tidak ambil tawaran itu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi