PENYANYI dan personaliti media sosial, Syaffiq Sahli berkongsi pengalaman berdepan gangguan dipercayai angkara sihir.
Kata Syaffiq atau nama sebenarnya Mohd Syaffiq Sahli, 39, gangguan berkenaan sudah lama dialaminya namun tidak menyangka kesannya semakin serius sehingga isteri dan keluarga turut terkena tempias.
“Sebenarnya saya muat naik video tu bukan sebab nak perhatian, tapi sebab sudah tertekan dan tak tahan kerana lama sangat simpan perkara ini.
“Saya kena sihir ni sudah lama sejak kahwin lagi tapi paling kuat bila saya buka restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur beberapa tahun lepas. Saya dah pindah tiga kali dan tak sangka bukan saya saja terkena tapi isteri pun sama,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Syaffiq menyeru kepada invidu tidak bertanggungjawab itu untuk hentikan melakukan perkara kurafat dan sedia berjumpa sekiranya perlu.
“Saya minta kepada individu yang hantar sihir tu kalau boleh hentikan segera malah kalau perlu untuk berjumpa pun tiada masalah, jangan risau saya tidak akan beritahu sesiapa,”ujarnya.
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































