PENYANYI Nubhan memilih untuk berdamai selepas bercerai talak dua dengan Dr Afifah Hidayah Tawfek pada Selasa.
Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 39, berkata dia tidak menolak untuk kembali berbaik dengan bekas isterinya itu.
Katanya, mereka mempunyai fokus yang sama iaitu menjaga kebajikan anak-anak.
"Selepas ini, kami masih boleh berkawan baik demi anak-anak. Saya rasa tak ada masalah untuk berkawan, hubungan kami diharapkan masih baik.

Nubhan harap hubungannya bersama bekas isteri masih baik.
"Fokus kami adalah untuk menjaga kebajikan anak dan besarkan mereka dengan baik, insya-Allah.
"Saya harap yang terbaiklah untuk semua pihak, termasuk buat bekas isteri saya," kepada mStar.
Ketika ditanya mengenai perasaan sayang terhadap Dr Afifah atau dikenali Dr Fie, Nubhan menegaskan hubungan mereka dalam keadaan baik.
Namun dia bersyukur apabila proses perceraian di mahkamah berjalan dengan lancar.
ARTIKEL BERKAITAN: Dr Fie gementar, pilih jubah warna kelabu… Nubhan tenang menanti keputusan mahkamah
ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan, Dr Fie sah cerai talak dua, 10 tahun mahligai dibina musnah
"Saya tak boleh komen perkara (perasaan sayang) ini. Kami nak yang baik-baik sajalah. Perkara ini (perceraian) tiada siapa yang nak. Siapa inginkan perkara ini berlaku.
"Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah. Doa yang terbaik sajalah untuk kehidupan kami akan datang," ujarnya.
Pada Selasa, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah cerai talak dua dengan bekas isterinya.

Nubhan dan bekas isteri sah cerai talak dua.
Peguam yang mewakili Nubhan iaitu Mohd Ridzuan Ramli berkata lafaz cerai pertama dilakukan pada 19 Januari 2017 dan rujuk pada 21 Januari 2017 manakala lafaz cerai kedua berlaku pada 26 Ogos lalu.
Terdahulu, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, membabitkan lafaz yang berlaku pada 2017 dan 26 Ogos lalu, selain satu lafaz rujuk selepas talak pertama.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


