suria

[V] Dr Fie gementar, pilih jubah warna kelabu… Nubhan tenang menanti keputusan mahkamah

ISTERI kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek tampil manis mengenakan jubah berona kelabu ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor kira-kira 11.53 pagi Selasa.

Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie berkata, dia sedikit gementar untuk mengetahui keputusan pengesahan lafaz cerai.

"Hari ini saya sangat gementar dan tak begitu yakin sangat. Doakan yang baik-baik," katanya kepada mStar.

Masing-masing hadir ke mahkamah sekitar pukul 12 bagi perbicaraan kes cerai. 

Sebelum ini, Dr Fie meminta cadangan pengikut mengenai penampilannya untuk hadir ke mahkamah di platform Threads. 

Katanya, dia mahu terlihat kemas dan cantik semasa perbicaraaan.

Sementara itu, Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 39, terlihat tenang apabila tiba di mahkamah sambil ditemani peguamnya kira-kira pukul 12.07 tengah hari.

"Saya tunggu saja keputusan mahkamah, hari ini pengesahannya," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terima kasih Nubhan! Dr Afifah lega dapat hak penjagaan penuh tiga anak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hentikan spekulasi, Nubhan rela salahkan diri sendiri... “Orang luar hanya tahu sedikit sahaja”

Terdahulu, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, membabitkan lafaz yang berlaku pada 2017 dan 26 Ogos lalu, selain satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Untuk rekod, Nubhan dan Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia