GARA-GARA kerap melontarkan pandangan di media sosial, pelakon Nadia Brian berdepan kecaman daripada netizen yang kurang senang dengan perkongsiannya itu.
Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, bagaimanapun berlapang dada menerima setiap teguran dan nasihat yang diberikan malah akan lebih berhati-hati ketika memuat naik sebarang status agar tidak lagi mengundang salah faham.
“Bukan sebab status saya sebagai selebriti tapi sosial media ini macam satu tempat luahan perasaan tapi bila jadi seorang artis ni apa yang diluahkan itu orang akan mentafsir sama ada betul atau tidak orang sentiasa kritik.
“Saya sedar dan belajar daripada kesilapan sebab bila jadi selebriti ini kita tak boleh terlalu terdedah sangat meluah di media sosial, biar umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa.
“Mungkin lepas ini saya akan lebih tapis dalam setiap luahan atau hantaran supaya tidak menguriskan hati mana-mana pihak,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































