BELUM pun sempat membuat persembahan di Jerman, kumpulan A.C.A.B terpaksa berdepan dengan segelintir netizen yang mempersoalkan kreadibiliti mereka beraksi di negara berkenaan.
Mengulas perkara itu, vokalisnya iaitu Megat meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen Malaysia yang dilihat seperti kurang senang dengan pencapaian mereka.
“Ada juga yang bercakap dalam kalangan hater ini mengenai perkara negatif dan panas dengan kami (A.C.A.B), sepatutnya kena bangga sebab kami bawakan nama Malaysia juga.
“Bukan semua kumpulan dapat main di Eropah kan, ada yang cakap tak hebat mana jadi jangan berlagak sangat la... Eh kau tak pernah main di konsert Eropah dan jualan tiket sold tak? Kalau tak pernah baik diam je.
“Konsert kami sudah sold out di sana jadi kenapa perlu pertikai orang nak datang ke atau kenal ke kumpulan ni,”katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, kumpulan A.C.A.B bakal terbang ke Jerman pada Selasa ini bagi menjayakan persembahan pertama kumpulan itu pada 5 Disember nanti.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































